suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Safwan Nazri rugi RM400,000, kena ‘scam’ dengan kawan sendiri... “Itu sangat biadab!”

Safwan dedah ditipu sebanyak RM400,000.

PELAKON Safwan Nazri meluahkan kekesalan apabila kerugian sebanyak RM400,000 selepas mendakwa dirinya menjadi mangsa penipuan seorang kontraktor yang juga merupakan rakan sendiri.

Kata Safwan, 32, tindakan rakannya itu bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah proses untuk menyiapkan rumahnya itu memakan masa terlalu lama sebelum individu terbabit bertindak melarikan diri.

"Ada orang ini menipu saya. Yang lagi biadab apabila dia ialah kawan saya sendiri yang 'scam'. Duit saya habis sebanyak RM400,000 dekat dia. 

Safwan menunjukkan bahagian rumah yang belum siap. 

"Duit sudah bayar penuh, tetapi rumah pula tergendala," katanya dalam hantaran di Instagram Story pada Khamis. 

Lebih teruk lagi Safwan berkata dia terpaksa mengeluarkan modal tambahan sebanyak RM200,000 bagi mengupah kontraktor baharu untuk membaiki semula rumahnya itu. 

"Saya hanya minta dia buat penambahan di bahagian belakang dan satu bilik kecil. Tetapi ambil masa selama dua tahun. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Safwan Nazri dedah ada ‘benda’ ikut lepas buat podcast seram, anak nangis tak henti nampak ‘monster’

ARTIKEL BERKAITAN: Cara penyampaian dalam Sembang Seram dikecam, Safwan Nazri tak malu mengaku penakut... "Mereka kata saya overreact dan gelabah"

"Sampaikan saya kena ambil kontraktor baru dan keluarkan lagi RM200,000 untuk buat semula. Banyak yang kena tukar sebab hasil kerjanya cincai. 

"Ada yang beritahu saya dia sibuk untuk siapkan rumah lain sampaikan rumah saya jadi macam ini," ujarnya. 

Dalam masa sama, Safwan memaklumkan dia sudah pun mengambil tindakan undang-undang dengan menghantar surat tuntutan (LOD) kepada syarikat kontraktor berkenaan bagi menuntut ganti rugi atas apa yang berlaku.

Safwan dakwa gagal menghubungi pihak terbabit. 

Bagaimanapun, usahanya itu menemui jalan buntu apabila individu terbabit bertindak melarikan diri.

"Pada awalnya saya percaya dengan dia sebabkan kawan tapi akhirnya kena tipu. Sekarang saya sudah hantar LOD kepada syarikatnya. 

"Tapi dia cuba lari dan tidak membaca LOD itu. Kami WhatsApp, buat panggilan semuanya tidak dibalas. Itu sangat biadab dan tidak bertanggungjawab," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain