PELAKON Haidar Hasanudin tidak berselindung apabila pernah menjalani prosedur kosmetik iaitu tanam jambang (beard transplant) bagi mendapatkan penampilan terlihat lebih kemas dan seimbang.Menurut Haidar, 37, keputusan itu dibuat selepas mendapati pertumbuhan jambangnya tidak sekata apabila hanya lebih lebat di sebelah kanan sahaja. “Terus terang memang saya ada buat beard transplant. Saya tanam untuk stabilkan sebab jambang saya jenis tumbuh sebelah kanan sahaja.Haidar sentiasa jaga penampilan diri.“Kalau dibiarkan, nampak macam tidak rata sebab sebelah lagi tidak banyak tumbuh. Jadi saya pilih untuk seimbangkan supaya kedua-dua belah ada jambang,” katanya kepada mStar.Haidar berkongsi perkara itu ketika ditemui pada tayangan drama Viu di Odeon Kuala Lumpur pada malam Rabu.Sebagai seorang lelaki, Haidar mengakui dia sememangnya sangat menitikberatkan penggunaan produk penjagaan diri terutama pada bahagian wajah.Jelasnya, minat terhadap penjagaan kulit sudah lama wujud namun rutin itu menjadi semakin penting selepas bergelar anak seni.ARTIKEL BERKAITAN: Haidar Hasanudin pegang prinsip tak main telefon di set penggambaran, pasang impian berlakon filem ketenteraanARTIKEL BERKAITAN: Nasib baik tidak ‘terkorban’, Haidar Hasanudin nyaris disondol lembuKatanya penggunaan solekan setiap hari terutama ketika menjalani penggambaran boleh memberi kesan kepada kulit jika tidak dijaga dengan baik.“Saya rasa penjagaan diri bukan sebagai seorang pelakon saja, tapi semua orang pun perlu ada. Cuma mungkin untuk saya sebab berada dalam industri, penjagaan kulit itu lebih dititikberatkan.“Dari dulu lagi saya dah belajar tentang skincare. Lelaki pun kena pakai produk asas seperti pelembap dan sunscreen,” kongsinya.Mengulas mengenai trend sesetengah individu yang melakukan prosedur kosmetik seperti mencantikkan hidung, rahang atau gigi bagi meningkatkan keyakinan diri, Haidar berkata setiap orang mempunyai hak terhadap pilihan masing-masing.Haidar tak pernah terfikir ubah bentuk wajah.Bagaimanapun, Haidar mengakui dirinya bersyukur dengan anugerah yang dimiliki dan tidak mempunyai keinginan untuk melakukan perubahan besar pada wajahnya.“Saya bersyukur dengan apa yang Tuhan kurniakan. Bagi saya, apa yang ada ini pun dah lebih daripada cukup.“Kalau untuk tambah benda lain, saya rasa tidak perlu untuk saya. Tapi pilihan orang lain, saya hormati. Kalau itu boleh buat mereka lebih yakin, terpulang kepada mereka,” ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!