suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kesibukan kerja halang Amir Masdi nikah sebelum 30 tahun

Amir kongsi ciri-ciri wanita pilihan.

MAHU menamatkan zaman bujang pada usia 30 tahun, penyanyi Amir Masdi menjangkakan hasrat ibunya itu berkemungkinan besar tidak kesampaian.

Amir, 30, berkata ia susulan dia bakal menginjak ke usia tersebut pada Oktober depan, namun sehingga kini dirinya masih belum dimiliki oleh mana-mana wanita.

“Mak (ibu) pernah cakap kalau boleh nak saya berkahwin pada usia 30 tahun. Cuma nampaknya nak capai sasaran itu macam tidak sempat sebab sehingga kini saya belum mempunyai calon lagi.

Amir akui masih belum jumpa calon sesuai. 

“Tapi mak bukanlah jenis yang mendesak sampai nak carikan calon atau jodoh untuk saya. Keluarga saya bukan begitu. Mak kata ikut sayalah, kalau ada, ada. Kalau tidak, boleh tunggu,” katanya kepada mStar

Amir berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis Muzik Lab: Hab Kreatif Anugerah Juara Lagu Ke-40 (AJL40) yang berlangsung di McDonald's Pantai Sentral Park, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Mengulas mengenai faktor dirinya masih solo, Amir mengakui jadual kerjaya seni yang padat membuatkan dia tidak mempunyai waktu lapang untuk memikirkan mengenai cinta. 

ARTIKEL BERKAITAN: Berdepan cabaran siapkan album ketiga, Amir Masdi ada cara tangani ‘creative block’ 

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Masdi belum sedia bercinta, bukan masa sesuai untuk ada kekasih

Malah, Amir mendedahkan dia sudah hampir enam tahun tidak melalui fasa tersebut sehingga mengakui dirinya tidak pandai untuk mengesan sekiranya ada wanita yang cuba mendekati.

“Saya rasa betul, kesibukan kerja membuatkan saya tidak terfikir fasal nak mengenali sesiapa. Fasa bercakap atau keluar dengan perempuan pun memang tidak ada lagi setakat ini.

“Saya juga tidak pasti jika ada mana-mana wanita yang mencuba untuk dekati saya. Saya jenis yang tidak pandai kesan jika ada orang beri isyarat) Bagi saya, kalau suka kena cakap terus.

Amir fokus dengan jadual kerja. 

“Tapi bukanlah bermaksud bila dia kata suka, saya terus terima. Tidaklah sampai begitu. Beritahu dahulu yang dia suka saya, kemudian barulah kita mula fasa kenal-kenal,” ujarnya.

Ditanya mengenai ciri-ciri wanita idaman, Amir menjelaskan dia tidak meletakkan kriteria yang terlalu rumit atau memilih rupa paras.

Sebaliknya, dia hanya mahukan seorang teman hidup yang mempunyai personaliti yang tenang dan menyenangkan.

“Orang asal mana sekalipun saya tidak kisah, saya terbuka sahaja. Cuma apa yang paling penting, saya sukakan wanita yang tenang,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain