SELEPAS lapan bulan tanpa karya baharu, kumpulan wanita Dolla kembali menghangatkan industri muzik menerusi pelancaran single berjudul G.O.A.T yang menampilkan kolaborasi bersama ikon rap Thailand, F.Hero.Lagu berkenaan menjadi pembuka kepada era baharu Dolla yang tampil dengan imej lebih matang, berani dan penuh karakter, selain mencerminkan usaha mereka untuk mengembangkan pengaruh ke pasaran Asia Tenggara. Menurut Dolla, kerjasama bersama F.Hero memberi dimensi berbeza kepada lagu tersebut apabila gabungan vokal feminin mereka disatukan dengan rap bertenaga penyanyi berkenaan.Dolla tampil dengan lagu baharu selepas lapan bulan menyepi."Bekerjasama dengan F.Hero memang satu pengalaman yang sangat menarik kerana gaya muziknya sangat berani dan penuh karakter."Kontras antara vokal kami dan rap daripadanya menjadikan lagu ini lebih dinamik," kata mereka.Dalam pada itu, Dolla memberitahu G.O.A.T bukan sekadar mengangkat tema menjadi yang terbaik, sebaliknya menceritakan tentang keyakinan diri yang lahir daripada pengalaman dan cabaran sepanjang perjalanan mereka sebagai anak seni.ARTIKEL BERKAITAN: Sabronzo jawab ringkas spekulasi tatu tanduk kambing di belakang badanARTIKEL BERKAITAN: Kontroversi MV Question, netizen cadang Dolla ‘angkat kaki’, cuba nasib di luar negara"G.O.A.T adalah tentang keyakinan yang diperoleh hasil daripada segala usaha dan cabaran yang telah dilalui. Ia bukan sekadar tentang menjadi yang terbaik, tetapi tentang menghargai perjalanan yang membentuk siapa diri kami hari ini."Era ini benar-benar mencerminkan siapa kami sekarang, bukan sahaja sebagai individu tetapi juga sebagai Dolla. Kami ingin menampilkan sisi yang lebih matang, lebih berani dan lebih yakin dengan identiti sendiri. Kami mahu orang melihat bahawa kami tidak takut mencuba sesuatu yang baharu dan sentiasa bersedia untuk melangkah lebih jauh," ujarnya. Diterbitkan oleh penerbit dari Norway, Audun Agnar Guldbrandsen, G.O.A.T membawa mesej keyakinan diri, keberanian menjadi diri sendiri serta menghargai perjalanan hidup dalam menghadapi cabaran.Selain muzik, Dolla turut melakukan transformasi dari segi visual dengan meninggalkan imej glamor mereka kepada konsep lebih edgy dan sinematik, selari dengan identiti baharu yang ingin diketengahkan.Malah, mereka menganggap G.O.A.T sebagai permulaan fasa baharu kerjaya seni dengan lebih banyak muzik, persembahan dan projek menarik bakal menyusul, termasuk persembahan di Paris pada Oktober depan.G.O.A.T kini boleh distrim di semua platform penstriman digital utama.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!