INDIVIDU dikenali sebagai Nadzira meluahkan rasa kesal terhadap kenyataan pelakon Rahim Omar yang mendakwa dirinya sombong ketika berurusan mengenai bayaran sewa rumah miliknya.Malah, Nadzira, 37, memberitahu dia sudah lama bersabar dengan Rahim yang masih gagal melunaskan tunggakan sewa berjumlah sekitar RM7,000. "Saya terkilan apabila dikatakan sombong. Ketika kami berjumpa, tiada sebarang masalah. Cuma sebelum itu saya cakap secara baik dan minta dia bayar sedikit. Namun, masih tiada bayaran.Nadzirah minta Rahim selesaikan bayaran. "Saya bukan nak kurang ajar minta bayaran, cuma sekarang saya jadi geram sebab dia buat tidak tahu sahaja. Saya beri layanan seperti biasa dan sudah minta maaf kerana pernah tularkan isu ini."Lepas pertemuan sebelum ini dia akan kata mahu bayar, namun apabila saya bertanya semula, saya masih menerima maklum balas yang sama... tiada bayaran," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.Nadzira berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Rahim sebelum ini yang memberitahu dia sengaja melengahkan bayaran tunggakan berkenaan kerana mendakwa menerima layanan kurang baik daripada pemilik rumah.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tuan rumah sombong punca Rahim Omar sengaja tangguh dua tahun tak bayar sewa ARTIKEL BERKAITAN: “Sengaja tak nak bayar kan?“ - Pemilik rumah sewa serang balas Rahim Omar, doakan menang KES2026 boleh bayar hutangWanita berkenaan juga memberitahu dia cukup memahami keadaan Rahim sekiranya pelakon itu berdepan masalah kewangan.Nadzira terbuka untuk menerima bayaran secara ansuran, walaupun dalam jumlah minimum, bagi melunaskan tunggakan sewa rumah jenis pangsapuri yang terletak di Bandar Elmina, Shah Alam itu."Saya bukannya minta bayaran penuh. Kalau bayar RM100 pun saya terima. Rasanya saya dah terlalu berlembut sampai dia pijak kepala saya. Di media sosial, semua orang tuduh saya jahat, sedangkan saya sudah cukup bersimpatiNADZIRAH "Pelik juga sebab dia tidak tinggal di rumah itu seorang diri. Dia tinggal bersama anak dan menantu. Kalau dia tidak boleh bayar, kenapa anak dan menantu tidak membantu?"Di media sosial, semua orang tuduh saya jahat, sedangkan saya sudah cukup bersimpati," jelasnya.Nadzira, dalam masa sama, enggan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Rahim dan berharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera.Rahim masih belum mejelaskan tunggakan sewa rumah. "Boleh sahaja saya ambil tindakan undang-undang, tetapi saya masih ada rasa kasihan. Jadi saya tunggu sahaja. Cuma saya harap isu ini ada jalan penyelesaian dengan segera," luahnya.Menurut Nadzira, pelakon berkenaan turut menerima bantuan RM800 bagi bayaran sewa bulanan berjumlah RM1,100.Katanya, jumlah tunggakan RM7,000 itu merupakan baki selepas ditolak bayaran bantuan dan Nadzirah mendakwa tunggakan tersebut sudah berlarutan selama dua tahun lapan bulan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!