SELEPAS setahun lebih berjuang, pelakon Linda Hashim dan juga aktor Beego akhirnya sah bercerai talak tiga kira-kira 10.47 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis. Linda atau nama sebenarnya Norhaliza Hashim, 42, berkata dia bersyukur apabila Beego dengan rela hati melakukan lafaz tersebut bagi menyelesaikan kemelut mereka yang sudah lama tertangguh. "Dia lafaz, hari ini dia gentleman lafaz sebab kes kami sudah nak masuk hakam. Jadi sebelum masuk dia buat keputusan untuk cerai hati ini.Linda (tengah) bersama peguamnya Nurul Fadzilah Kamaluddin."Jadi saya akan mulakan edah hari ini selama tiga kali suci," katanya kepada mStar.Berkongsi mengenai kejadian di dalam ruang mahkamah, Linda memberitahu mereka memilih untuk tidak bersalaman namun dia banyak meninggalkan pelbagai pesanan buat Beego."Kami tidak bersalaman cuma saya ada sedikit pesanan buat dia agar sama-sama jadi ibu bapa yang baik dan jaga anak sebaiknya. Saya pun berterima kasih sebab hari ini dia sangat gentleman. "Sebelum ni ego dia sangat tinggi, dia tak nak lepas," kongsinya.ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Kalau bersama semula pun, keadaan akan jadi lebih teruk” - Linda Hashim sudah tawar hati dengan BeegoARTIKEL BERKAITAN: [V] Hakim dah bagi peluang Beego tetap enggan lafaz cerai... Linda Hashim reda tunggu proses mahkamahKata Linda, sebaik sahaja mendengar Beego membaca lafaz, dia terasa tenang selain segala beban yang dipikul selama lebih setahun berjuang akhirnya hilang."Sudah setahun lebih kami berperang bila pengakhirannya macam ini saya sangat tenang, rasa bersyukur sangat-sangat," ujarnya.Untuk rekod, sejak Januari tahun lalu, rumah tangga Linda dan Beego atau Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, menjadi perhatian ramai apabila aktres berkenaan memfailkan perceraian atas alasan tiada persefahaman. Kemelut rumah tangga Linda dan Beego akhirnya selesai.Mereka juga pernah bercerai pada 27 Mac 2023 namun kembali rujuk pada 9 April 2023. Linda bagaimanapun mendakwa mereka bercerai kali kedua selepas beberapa bulan rujuk, namun kembali bersama tidak lama selepas itu. Beego dan Linda mendirikan rumah tangga pada Jun 201 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!