suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ismahalil dipenjara 30 tahun, mahkamah rayuan ketepikan keputusan bebas

Isma dikenakan hukuman penjara atas kesalahan melibatkan dadah.

BEKAS penyampai radio Ismahalil Hamzah dihukum penjara 30 tahun selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskannya atas kesalahan mengedar dadah pada September 2021.

Hakim Datuk Noorin Badaruddin dalam keputusan memaklumkan hukuman penjara 30 tahun berkenaan bermula Jumaat. 

Keputusan dibuat sebulat suara tiga panel hakim dipengerusikan Noorin bersama Datuk Radzi Abdul Hamid dan Datuk Meor Hashim Abdul Hamid.

Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Isma. 

Panel hakim mendapati terdapat alasan yang cukup bagi membolehkan pihaknya mengganggu dapatan Hakim Mahkamah Tinggi di akhir kes pembelaan.

Katanya, keputusan itu digantikan dengan sabitan bagi kesalahan mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama.

Pada 17 Julai 2023, Ismahalil, 53, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis di rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju pada September 2011.

ARTIKEL BERKAITAN: Ismahalil diperintah bela diri kes edar dadah, berdepan hukuman mati 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ada hikmah kena penjara, Ismahalil 3 kali khatam al-Quran... “Mula-mula susah tapi sekarang jadi sayang”

Mengikut pertuduhan, Ismahalil didakwa mengedar kanabis seberat 374.6 gram. 

Ismahalil bagaimanapun sebelum ini mengaku tidak bersalah atas dakwaan berkenaan. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain