Obses jadi pilot... peguam wanita ini pernah ada sekotak replika pesawat, berlambak poster - “Saat dapat respons MAS, cita-cita saya berkubur” - Viral | mStar

Obses jadi pilot... peguam wanita ini pernah ada sekotak replika pesawat, berlambak poster - “Saat dapat respons MAS, cita-cita saya berkubur”

Perkongsian Mediha mengenai perjalanan kerjanyanya di Twitter menarik perhatian orang ramai. (Gambar Hiasan - Bridget Bennett/Bloomberg).

BENARLAH kata orang, kita merancang tuhan yang menentukan.

Begitulah juga yang berlaku terhadap wanita ini apabila kisah perjalanan kerjayanya mencuri perhatian pengguna Twitter.

Menurut Mediha Mahmood, dia suatu ketika dahulu cukup obses untuk menjadi seorang juruterbang.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan pertama kali 'terbang' ke Australia, kali ini keliru tengok ayah siap beruniform, mak perli "takkan pakai buat hiasan"

ARTIKEL BERKAITAN: Dua gadis Papua catat sejarah, jadi individu pertama bergelar juruterbang Garuda Indonesia

Namun siapa sangka, takdir membawanya ke bidang lain yang mana dia bertugas sebagai peguam sebelum beralih angin menjadi penasihat undang-undang di sebuah syarikat penerbangan swasta di negara ini.

"Semasa kecil saya memang nak jadi juruterbang. Saya masih ingat semasa nak masuk tingkatan empat, kena pilih aliran. Saya pilih aliran sains.

"Waktu itu saya hantar surat kepada MAS, sekitar tahun 80-an. Bila dapat respons, perasaan memang remuk.

"Masa tu wanita tak boleh jadi juruterbang lagi, cita-cita saya berkubur," ujarnya sewaktu dihubungi mStar.

Tak semestinya apa yang kita nak tu yang terbaik untuk kita. Mungkin ia bukan yang terbaik untuk kita. Allah dah tetapkan semuanya. Yang penting kita kena tahu objektif, kerja keras dan dapatkan keredaan ibu bapa

MEDIHA MAHMOOD

PENGAMAL UNDANG-UNDANG

Kata ibu kepada tiga cahaya mata itu, dia kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan kini bergelar peguam selama lima tahun.

Mengimbas kekecewaannya pada waktu itu, Mediha turut berkongsi mengenai kisah koleksi berkaitan penerbangan yang ada dalam simpanannya.

"Saya memang tak ada patung, saya kumpul replika pesawat. Ada satu kotak.

"Dalam bilik juga saya tampal poster dan gambar-gambar berkaitan kapal terbang.

"Akibat kecewa, saya cabut semua poster-poster dalam bilik masa tu," ujar Mediha lagi.

Posting Mediha yang menarik perhatian pelayar Twitter.

Namun katanya, impian untuk mengendalikan pesawat akhirnya tercapai sewaktu dia menyambut ulang tahun kelahirannya sekitar tahun 2009.

Pada waktu itu, ibu bapanya menghadiahkan satu pakej penerbangan di Subang, Selangor yang membolehkan dia mengikuti program pengendalian pesawat.

"Ibu bapa masih ingat betapa saya gilakan pesawat. Bila dapat terbangkan pesawat dengan bantuan juruterbang tu, rasa dapat lepas gian.

"Memang terharu, rasa syukur pun ada dapat bawa kapal terbang di udara. Walaupun pesawat kecil sahaja, perasaannya memang lain macam dan cukup teruja," kata Mediha lagi.

Melihat perjalanan hidupnya dari sudut positif, Mediha mengakui apa yang disusun oleh Allah merupakan yang terbaik buat dirinya.

"Sebenarnya ramai yang kongsi cerita, masa kecil nak jadi lawyer, bila besar kerja benda lain.

"Tak semestinya apa yang kita nak tu yang terbaik untuk kita. Mungkin ia bukan yang terbaik untuk kita.

"Allah dah tetapkan semuanya. Yang penting kita kena tahu objektif, kerja keras dan dapatkan keredaan ibu bapa," kata anak kelahiran Kuala Lumpur itu.

Mediha Mahmood , peguam , juruterbang , cita-cita

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?