PENYANYI Sufian Suhaimi berkongsi khabar gembira memaklumkan isterinya iaitu Rania Al Sada kini sedang hamil anak sulung mereka.Sufian, 34, berkata, usia kandungan isterinya itu sudah mencecah 36 minggu dan sedang menunggu masa kelahiran. "Ya, betul. Saya bakal menjadi seorang bapa. Selepas ini jangan panggil saya Baby Pian lagi, panggil saya Daddy Pian. Sufian bakal bergelar bapa tidak lama lagi."Sekarang dalam 36 ke 37 minggu. Jadi tunggu bila-bila masa sahaja. Untuk jantina biarlah rahsia dahulu" katanya kepada mStar ketika ditemui semasa Majlis Rumah Terbuka Seloka Lebaran 2026 pada Isnin. Bercerita mengenai persiapan menyambut kelahiran, Sufian mengakui barangan keperluan bayi sudah pun lengkap disediakan.Meskipun sudah menghadiri kelas persediaan ibu bapa, emosi dan mentalnya tetap berdebar menantikan detik bergelar seorang ayah buat kali pertama.ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Sufian Suhaimi akhirnya bergelar suami Rania Al SadatARTIKEL BERKAITAN: Sufian Suhaimi lebih tenang selepas kahwin, dah bersedia timang cahaya mata"Saya rasa dah sedia. Maksud saya, dari segi persediaan barang-barang memang dah siap. Tapi persediaan emosi dan mental itu masih lagi berdebar."Sebab bila tanya kawan-kawan pun, tak ada yang 100 peratus bersedia bila nak dapat anak pertama. Jadi saya rasa saya pun dalam situasi yang sama. Tapi secara keseluruhan, memang sangat teruja," ujarnya. Dalam pada itu, Sufian meluahkan rasa syukur apabila isterinya tidak mengalami alahan yang teruk sepanjang tempoh kehamilan.Malah, Sufian memuji kekuatan isterinya yang masih aktif melakukan rutin harian termasuk berjalan sejauh tiga kilometer setiap hari bagi memudahkan proses bersalin nanti."Alhamdulillah, dia sangat kuat. Tak ada apa-apa yang ekstrem. Alahan pun ringan saja masa trimester pertama. Mengidam pun tak ada. Biasa saja sebab kami memang suka makan dan food hunting.Sufian (kiri) dan Rania bernikah pada Mei tahun lalu."Walaupun dia nampak manja dan lembut, sebenarnya dia kuat. Dia masih aktif, bukan jenis yang tak boleh buat apa-apa. Setiap hari lepas Subuh, kami cuba berjalan sekitar tiga kilometer," ujarnya.Mengenai nama cahaya mata, Sufian memaklumkan sudah mempunyai beberapa senarai cadangan namun belum memutuskannya secara muktamad.Untuk info, Sufian dan Rania sah bergelar suami isteri pada 2 Mei 2025.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!