suria

Amir Ahnaf bantu keluarga hasil kerjaya seni, tak halang adik mahu jadi artis

Amir mempunyai tanggungjawab besar dalam menyara adik-beradiknya yang masih belajar.

MEMEGANG status sebagai anak sulung, pelakon Amir Ahnaf menyedari tanggungjawab besar yang dipikulnya untuk menyara adik-beradik sekali gus membantu meringankan beban ibu bapa.

Amir atau nama penuhnya Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 26, berkata, dengan sumber pendapatannya melalui lakonan, dia dapat membantu meringankan beban ibu dan bapa untuk menyara lapan lagi adiknya. 

"Sebenarnya adik-adik saya beritahu yang mereka terkejut saya akan sampai ke tahap ini dan bersyukur abang mereka tak lupakan keluarga.

Amir bersyukur dapat membantu meringankan beban ibu dan bapa.

"Saya rasa disebabkan rezeki berlakon sekarang inilah membuatkan hubungan kami adik-beradik kembali rapat.

"Saya juga percaya doa adik-beradik yang membuatkan saya masih ada di sini. Dengan rezeki yang ada ini, saya boleh terus kongsi dengan mereka juga dan meringankan beban ibu bapa saya," katanya kepada mStar.

Amir berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis rumah terbuka dan tayangan treler rasmi filem terbaharu lakonannya, Tarung: The Unforgiven yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Ahnaf tiada teman wanita, banyak duduk rumah tonton Netflix… “Tolong carikan girlfriend seorang”

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Ahnaf okay lakon babak bersentuhan, tapi bukan dengan pelakon sudah berkahwin

Dalam pada itu, Amir memberitahu dia tidak mempunyai halangan sekiranya adik-adiknya ingin mengikut jejak langkah menceburkan diri dalam dunia seni.

Dia bagaimanapun tetap memberikan pesanan awal agar mereka bersedia mental dan fizikal memandangkan realiti industri hiburan tidak semudah yang disangka.

"Adik saya ada beritahu mereka berminat nak jadi pelakon. Cuma saya dah pesan awal-awal yang menyanyi susah tetapi berlakon lebih sukar.

"Tapi saya tak halang kalau mereka nak hadiri uji bakat, peragaan atau menceburi bidang seni, saya okey saja.

"Cuma, saya beri tamparan realiti kepada mereka bahawa industri hiburan ini memang susah, tambahan pula kalau wajah sama dengan saya, memang mencabar,"ujarnya. 

Amir tidak menghalang adik-adiknya menceburi bidang seni.

Dalam perkembangan lain, Azira kini sedang sibuk mempromosikan filem Tarung: The Unforgiven arahan Razaisyam Rashid.

Selain Amir, filem ini turut membariskan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Bront Palarae dan Aedy Ashraf dan Amir Ahnaf. 

Naskhah terbitan Alpha47 dengan kerjasama Icon Pictures dan Astro Shaw ini bakal menjengah pawagam seluruh negara bermula 7 Mei depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain