Bukan pertama kali 'terbang' ke Australia, kali ini keliru tengok ayah siap beruniform, mak perli "takkan pakai buat hiasan" - Viral | mStar

Bukan pertama kali 'terbang' ke Australia, kali ini keliru tengok ayah siap beruniform, mak perli "takkan pakai buat hiasan"

Fatini tidak menyangka bapanya sendiri yang akan mengemudi pesawat dinaiki mereka sewaktu berangkat ke Australia pada Khamis.

SIAPA yang tidak teruja apabila hari yang ditunggu-tunggu untuk 'terbang' ke Australia akhirnya tiba.

Begitulah yang berlaku terhadap Fatini Batrisyia Mohamad Fildza pada Khamis sewaktu dia bersama kedua ibu bapanya bertolak ke negara kanggaru itu untuk menziarahi kakaknya, Farhana Kamalia.

Namun, rasa teruja itu bertukar keliru saat gadis berusia 18 tahun itu melihat bapanya, Mohamad Fildza Yaacob lengkap dalam pakaian seragam kerjanya.

ARTIKEL BERKAITAN: "Meremang pula bulu roma bila teringat balik" - Anak pramugara MH370 harap orang lain tak ulang kesilapan sama

ARTIKEL BERKAITAN: “Sementara tunggu ayah masak, mak main phone” - Anak bangga bapa rajin ke dapur, siap jahit baju kelawar ibu

Langsung tidak disangka, namun lelaki berusia 48 tahun itu tidak akan bersama dia dan ibunya di kerusi penumpang, sebaliknya akan mengemudi pesawat yang dinaiki mereka.

Bercerita kepada mStar, anak kepada juruterbang itu berkata, kekeliruan mula timbul sewaktu mereka sedang mengisi bagasi ke dalam kenderaan sebelum berangkat ke lapangan terbang.

Ibu bapa Fatini yang turut berangkat ke Adelaide bersamanya pada Khamis.

"Masa tengah masukkan bagasi dalam kereta saya baru perasan dia pakai seragam kerja.

"Saya jadi blur, kenapa dia pakai baju kerja sebab yang saya tahu, kami bertiga pergi sekali ke Adelaide.

"Jadi bila saya tanya ayah, baru dia kata dia yang bawa pesawat ke Adelaide ni.

"Mak saya tahu, saya sorang je tak tahu. Mak saya perli la, dia kata takkan la ayah pakai seragam sebagai hiasan je," ujar Fatini secara berseloroh sewaktu dihubungi pada Jumaat.

Rasa excited la juga, sebab sebelum ni orang lain tapi kali ni ayah sendiri bawa pesawat. 

FATINI BATRISYIA

Bercita-cita untuk mengikut jejak langkah bapanya, Fatini menjelaskan ia merupakan pengalaman pertama menaiki pesawat yang dikendalikan oleh bapanya.

Mengakui teruja, ia turut menambahkan lagi motivasi dirinya untuk terus bekerja keras dalam merealisasikan cita-citanya itu.

Fatini bersama keluarganya.

"Rasa excited la juga, sebab sebelum ni orang lain tapi kali ni ayah sendiri bawa pesawat. Dengan ayah, dia kadang-kadang akan bercerita mengenai hal-hal berkaitan juruterbang.

"Ajar perkara-perkara asas, sebab saya pun minat nak jadi juruterbang. Saya minat sebab suka melancong. Dulu tak ramai juruterbang perempuan, ia bagi inspirasi untuk saya pilih kerjaya ini," katanya sambil menambah ia bukan kunjungan pertamanya ke Australia.

Fatini dan ibu bapanya akan berangkat pulang ke tanah air pada Ahad ini.

Sepanjang berada di sana sehingga Ahad ini, dia merancang untuk meneroka kota Adelaide bersama keluarganya.

Dalam pada itu, posting Fatini mengenai hal itu menerima reaksi ramai apabila ia menerima lebih 12,400 ulang kicau (Retweet).

 

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain