Gadis ini tetap demand hantaran paling kurang RM15,000, "Lelaki nak isteri pandai masak, baik cari orang gaji je" - Viral | mStar

Gadis ini tetap demand hantaran paling kurang RM15,000, "Lelaki nak isteri pandai masak, baik cari orang gaji je"

Qaisara memberi hujah berhubung pandangannya yang menetapkan wang hantaran paling kurang RM15,000.

GARA-gara cakap tak serupa bikin mengenai isu wang hantaran sekurang-kurangnya RM15,000 kerana memiliki Ijazah Sarjana Muda, seorang gadis dikecam netizen.

Bagaimanapun, menerusi video yang tular di media sosial pada Jumaat, gadis berkenaan bersama beberapa yang lain memberi reaksi mereka berhubung kritikan netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis ini dikecam gara-gara cakap tak serupa bikin, “Ikut lelaki mampu, tapi I ada degree paling kurang RM15,000”

ARTIKEL BERKAITAN: “Mampu atau tak bergantung juga kalau dia nak kahwin dengan lelaki tu” - Tokoh Imam gigih 'tayang' trofi, pingat sindir gadis demand hantaran 15K

Gadis berkenaan yang dikenali sebagai Qaisara berkata, permintaannya untuk wang hantaran berdasarkan taraf pendidikan itu adalah pandangan peribadinya.

"Lelaki boleh demand nak isteri pandai masak, nak perfect agama, pakaian semua elok, kenapa kami perempuan tak boleh demand hantaran tinggi? Konsepnya sama je.

"Lelaki kalau nak cari isteri mesti nak yang pandai masak. Korang ni nak kahwin ke nak cari maid (pembantu rumah). Kalau nak cari yang pandai masak, baik cari orang gaji je.

"I pandai masak... tapi nak tanya juga, cukup ke RM15,000?," katanya menerusi sebuah video berdurasi kira-kira 13 minit yang turut membabitkan tiga lagi gadis membincangkan tentang isu perkahwinan yang mengulas mengenai video kontroversi sebelum itu.

Tangkapan skrin video menunjukkan Qaisara (dua, kiri) bersama tiga yang lain menjawab komen-komen netizen. Sumber youtube Lejen

Bertudung hitam dan berbaju jajur hitam dan putih, Qaisara bagaimanapun mengaku silap semasa memberikan pandangan berhubung hantaran paling kurang RM15,000 itu.

"Memang salah saya... saya tahu (maksud) at least (sekurang-kurangnya) dan paling kurang tu apa. Bukan mengikut skrip tapi memang tersasul. Saya mengaku itu salah saya.

"Saya tetap dengan RM15,000," katanya ketika ditanya mengenai pandangannya sebelum ini yang mahu wang hantaran sekurang-kurangnya RM10,000 atau paling kurang RM15,000.

Saya cakap nak hantaran RM15,000, saya cari lah lelaki yang boleh bagi saya tu. Kenapa nak pergi dengan korang yang tak mampu ni?

QAISARA

Menurut Qaisara, dia turut menyedari menerusi ruangan komen di media sosial, segelintir wanita turut membantah pandangan peribadinya dan memberi hujah mereka sendiri.

"Ada yang nak hantaran al-Quran, telekung je... itu pilihan korang, tak judge pun. Saya nak RM15,000, itu terpulang pada sayalah kan. Semua orang ada apa yang dia nak," tambahnya.

Qaisara semasa memberi pandangan sebelum ini berhubung wang hantaran sehingga mencetuskan kontroversi.

Menurut gadis itu, dia turut mempunyai pandangan yang tidak bersetuju dengan kebanyakan lelaki yang meletakkan syarat kepakaran memasak sebagai kualiti bakal isteri.

"Macam lelaki, mereka nak isteri yang pandai masak. Saya tak setuju dengan benda tu sebab baik kahwin dengan orang gaji je. Tapi saya tak ada lah nak komen kata tak boleh sebab itu pandangan dia nak isteri macam tu.

"Macam saya cakap nak hantaran RM15,000, saya cari lah lelaki yang boleh bagi saya tu. Kenapa nak pergi dengan korang yang tak mampu ni," katanya.

Sehubungan itu, dia meminta supaya semua pihak menghormati pandangan mereka berhubung wang hantaran kerana masing-masing berhak menyuarakan pendapat.

"Apa kami cakap dalam video tu adalah pandangan kami. Semua boleh bagi pandangan masing-masing. Kenapa nak kena kecam, kami tak minta duit hantaran tu dengan korang pun. Macam kami tak nak kahwin dengan korang pun sampai triggered (melatah)," ujarnya.

Terdahulu, menerusi video yang tular dalam satu sesi temubual oleh sebuah syarikat penerbitan, Qaisara memberi pandangan bahawa dia tidak kisah berapa wang hantaran yang diberikan pihak keluarga lelaki selagi mengikut kemampuan mereka.

Namun, dia yang dikatakan memiliki Ijazah Sarjana Muda kemudian mengubah pendiriannya bahawa wang hantaran perlu dinilai berdasarkan tahap pendidikan.

hantaran , suami , isteri , kahwin , orang gaji , degree

Artikel Lain