suria

“Maafkan uncle Inara”... usaha CPR gagal selamatkan bayi 5 hari, lelaki ini masih terbayang wajahnya

Beberapa buah kenderaan terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan seorang bayi perempuan maut.

GUGUR air mata seorang lelaki selepas gagal ketika berusaha untuk menyelamatkan nyawa seorang bayi perempuan yang terlibat dalam kemalangan Jumaat lalu.

Berkongsi pengalaman yang baru dilaluinya dan masih terbayang di mata,  Amirul Azuan Johari memberitahu, ketika kejadian dia dalam perjalanan dari Kuantan ke Ipoh apabila ternampak kemalangan melibatkan dua kenderaan di KM49 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh.

Katanya, ketika lalu di kawasan itu, kejadian baru saja berlaku lebih kurang lima minit.

ARTIKEL BERKAITAN: Bantu pelancong Jerman kemalangan, remaja kata ada yang tengok saja... “Hanya kongsi, bukan menunjuk-nunjuk

ARTIKEL BERKAITAN: Jururawat jadi perhatian selepas halang kenderaan, bantu mangsa kemalangan

Malahan, akui Amirul, sebelum ini dia jarang berhenti jika berlaku kemalangan, tetapi situasinya berbeza kerana dia ternampak antara mangsa adalah seorang  bayi.

“Sebaik berhentikan motosikal, saya terus ke tempat duduk bapa bayi itu.

Amirul bersama isteri dan anaknya. Foto: Facebook Amirul

“Saya ada tanya dia sama ada bayi okay atau tidak…bapanya cakap tak sedar dan saya terus minta izin untuk buat CPR (pertolongan cemas). Ini kali pertama saya lakukannya, sebelum ini hanya buat latihan sahaja,” ujarnya.

Tambah lelaki berusia 31 tahun, kira-kira dua minit pertama, muka bayi itu mula merah dan tidak nampak tanda-tanda pulih menyebabkan dia terus melakukan CPR.

Kongsinya lagi, apabila bayi itu masih tidak bernafas dia teruskan CPR selama 10 minit, namun keadaan bayi itu tukar warna biru.

“Ketika itu memang sedih sangat hanya Tuhan yang tahu. Saya toleh di belakang dan ada seorang lagi cuba beri bantuan juga.

Ketika itu memang sedih sangat hanya Tuhan yang tahu. Saya toleh di belakang dan ada seorang lagi cuba beri bantuan juga.

AMIRUL AZUAN JOHARI

“Saya tak mampu nak membantunya dan hanya terduduk dekat dengan penghadang kat situ,” katanya lagi.

Jelas Amirul, menurut bapa bayi bernama Inara itu, anaknya baru berusia lima hari dan mereka tiga beranak termasuk isterinya dalam perjalanan ke rumah ibunya.

Dalam kejadian itu, bapa Inara tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala ibunya cedera di bahagian mulut kerana ‘airbag’, selain kesakitan pada perut susulan pembedahan ketika melahirkan Inara dan kini dirawat di Hospital Selayang.

“Dalam hati saya meminta maaf kepada Inara kerana tidak dapat menyelamatkannya.

“Sehingga hari ini saya masih terbayang-bayang wajahnya” ujar Amirul.

Kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan.

Menurutnya, apabila berlaku kejadian seperti ini dia terus terbayangkan anaknya sendiri yang masih kecil.

“Saya memang mengambil langkah keselamatan dengan meletak anak saya dalam ‘carseat’ walaupun baharu berusia beberapa hari.

“Kalau tak mampu, boleh duduk di bahagian belakang, pakai tali pinggang,” katanya yang bekerja di Kuantan dan menetap di Ipoh.

Amirul turut berkongsi pengalamannya itu di media sosial dan turut menerima simpati serta perhatian pelayar-pelayar Facebook dengan mendapat lebih lebih 9,000 perkongsian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, kemalangan berlaku di KM49 Jalan Kuala Lumpur - Ipoh berdekatan Jabatan Pertanian Batang kali, jam 9.45 pagi.

Pelayar-pelayar Facebook berkongsi status yang dimuat naik Amirul.

Menurutnya, Perodua Bezza dipandu bapa bayi berkenaan dalam perjalanan dari Batang Kali menghala ke Klinik Ibu dan Anak Rasa.

"Sampai di tempat kejadian, Perodua Bezza melanggar bahagian hadapan kereta Proton Saga yang datang dari arah bertentangan secara tiba-tiba membuat pusingan U di tempat kejadian. "Perlanggaran mengakibatkan Bezza terbabas melanggar pengadang besi jalan di sebelah kiri jalan.

"Pada masa yang sama datang kereta Perodua Myvi dari arah belakang Bezza juga tidak sempat mengelak," katanya.

Beliau berkata, selain ibu bayi berkenaan, pemandu Proton Saga yang berusia 56 tahun turut cedera di bahagian leher dan kepala.

Menurutnya, kes diklasifikasi di bawah Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Baby Inara, kemalangan, CPR

Artikel Lain