suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Ok lock” - Dalam diam-diam Afiq Muiz dah bertunang

Afiq kini milik wanita misteri.

DALAM diam-diam pelakon Afiq Muiz selamat mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihan hatinya pada Rabu.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Afiq, 34, menerusi laman Instagram memaparkan foto dia bersama pasangannya itu mengenakan pakaian sedondon berwarna hijau.

Menerusi kapsyen, dia turut meluahkan rasa syukur apabila majlis tersebut berjalan dengan lancar.

Hantaran yang dikongsikan Afiq.

"Alhamdulillah okay lock," tulisnya di ruangan kapsyen.

Afiq bagaimanapun tidak berkongsi secara terperinci mengenai wanita berkenaan malah wajah bakal isterinya juga ditutup dengan jambangan bunga.

Sementara itu, menjengah ke Instastory adiknya iaitu Aishah Azman turut tumpang gembira melihat kebahagiaan abangnya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Afiq Muiz akhirnya muncul di mahkamah, Pachara Apin bawa dua saksi tuntutan fasakh

ARTIKEL BERKAITAN: Afiq Muiz minta isteri tak buat cerita bohong, adik pula dakwa Pachara pernah maki ibu

Malah, dia turut mendoakan agar urusan abangnya itu dipermudahkan sehingga ke hari perkahwinan.

"Melihat awak melangkah ke fasa baru ini memang terasa macam mimpi.  Saya sangat gembira dapat menyaksikan detik ini untuk awak. 

"Semoga kalian berdua dikurniakan kehidupan yang penuh dengan cinta, ketenangan, gelak tawa, dan sebuah rumah yang sentiasa menjadi tempat paling selamat untuk satu sama lain. 

Aishah tumpang gembira lihat kebahagiaan abang.

"Semoga segala urusan dipermudahkan hingga hari perkahwinan dan seterusnya. Sangat bangga dengan awak, satu-satunya abang saya," kongsinya.

Untuk rekod, Afiq pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita dikenali sebagai Pachara Apin pada tahun 2019, namun memilih berpisah pada tahun 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain