Wanita kongsi kisah ibu mentua dibuli pelajar tak ada adab, siap minta dilucutkan jawatan - “Sepanjang 20 tahun lebih bergelar pendidik, inilah peristiwa yang menyedihkan” - Viral | mStar

Wanita kongsi kisah ibu mentua dibuli pelajar tak ada adab, siap minta dilucutkan jawatan - “Sepanjang 20 tahun lebih bergelar pendidik, inilah peristiwa yang menyedihkan”

Seorang wanita berkongsi kisah mengenai ibu mertuanya yang juga seorang guru disiplin di sebuah sekolah yang dibuli pelajar tiada adab. Foto: AFP (Gambar sekadar hiasan)

“IBU mentua saya sangat sedih apabila anak-anak muridnya sanggup bersikap kurang ajar hingga tidak segan-segan mahu dia ditukarkan ke sekolah lain”

Demikian kata seorang wanita yang berkongsi kisah mengenai ibu mentuanya yang meluahkan kesedihan gara-gara diperlakukan sedemikian rupa oleh pelajar di sekolah tempatnya mengajar.

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Shira itu berkata, ibu mentuanya merupakan seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Siap sambut tangan guru nak langkah longkang, telatah pelajar comel ini curi tumpuan – “Dia pernah jadi atlet sekolah acara 4x100 meter!”

ARTIKEL BERKAITAN: Bantuan terbantut! Tayar kereta cikgu terbenam ketika jemput calon UPSR ke sekolah... tindakan guru besar tak disangka-sangka! 

“Ibu mentua saya sudah mengajar di sekolah tersebut sejak dua tahun setengah yang lalu. Ketika kami makan bersama-sama keluarga, dia membuka cerita tentang satu insiden di sekolahnya yang benar-benar membuatkan dirinya sedih.

“Ketika itu, pelajar-pelajar tingkatan tiga baru sahaja selesai menjalani peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3). Disebabkan sudah selesai periksa, pelajar-pelajar tingkatan tiga ini ada satu aktiviti di mana mereka perlu membuat satu banner bertemakan hak asasi manusia.

“Ada satu kumpulan yang terdiri daripada tujuh pelajar ini, mereka buat banner yang betul-betul tak disangka. Mereka menulis di banner itu ‘Kami mahu Puan ***** dilucutkan jawatan’ dan ‘Kami mahu Puan **** dipindahkan ke sekolah lain.

“Bayangkan sampai begitu sekali sikap pelajar di sekolah itu yang terang-terangan bersikap kurang ajar terhadap guru yang mendidik mereka,” katanya yang turut memuat naik posting menceritakan kisah itu di Twitter miliknya.

Menurut Shira lagi, tindakan para pelajar itu bagaimanapun disedari beberapa pelajar lain sebelum mereka sempat menggantung banner tersebut.

Shira turut berkongsi kisah mengenai ibu mentuanya di Twitter.

“Masa itu mereka beraktiviti bebas, jadi tidak ada ramai guru yang memantau mereka. Kemudian pelajar yang nampak tulisan tersebut segera memberitahu guru-guru. Ibu mertua saya yang tahu mengenai perkara itu tidak lama kemudian segera memanggil ketujuh-tujuh pelajar tersebut dan bertanyakan mengapa berbuat demikian.

“Ibu mentua saya bertanya ‘kepada mereka ‘Apa salah saya? Kenapa buat macam ni?’. Namun tiada seorang daripada mereka yang bersuara,” ujar wanita berusia 27 tahun ini.

Menurut Shira, daripada apa yang diceritakan ibu mentuanya, abang kepada salah seorang daripada tujuh pelajar tersebut sebelum ini pernah dibuang sekolah disebabkan masalah disiplin.

“Tak tahu lah jika perkara itu ada kaitan dengan tindakan mereka hingga mahu ibu mentua saya dilucutkan jawatan dan ditukarkan ke sekolah lain. Bagaimanapun, menurut ibu mentua, ketujuh-tujuh pelajar itu kemudian diberi amaran oleh sekolah atas tindakan mereka,” katanya lagi.

Bercerita lebih lanjut, Shira berkata sepanjang dirinya menjadi menantu kepada guru disiplin itu, perwatakan ibu mentunya bukanlah seorang yang garang atau terlalu tegas.

Ada satu kumpulan yang terdiri daripada tujuh pelajar ini, mereka buat banner yang betul-betul tak disangka. Mereka menulis di banner itu ‘Kami mahu Puan ***** dilucutkan jawatan’ dan ‘Kami mahu Puan **** dipindahkan ke sekolah lain. Bayangkan sampai begitu sekali sikap pelajar di sekolah itu yang terang-terangan bersikap kurang ajar terhadap guru yang mendidik mereka

SHIRA

“Ibu mentua saya orangnya sangat lembut, dan seorang yang cool. Malah secara peribadi, saya lebih senang untuk berkongsi cerita dengannya berbanding ibu sendiri. Dia seorang yang sangat bersifat keibuan dan penyayang.

“Tidak hairanlah murid-murid di sekolah yang pernah dia ajar sebelum ini sangat menyayanginya dan menyanjunginya. Tapi tak tahu mengapa, kata ibu mentua, sekolah tempat dia bertugas sekarang ada masalah dengan dirinya. Saya juga perasan dia kebelakangan ini nampak letih dan stres.

“Kalau nak dibandingkan, kata ibu mentua, sikap para pelajar di sekolah luar bandar seperti sebuah sekolah yang pernah dia ajar di Kedah, amat-amat menghormati guru. Berlainan dengan sikap para pelajar di sekolah bandar. Sepanjang 20 tahun lebih bergelar pendidik, inilah peristiwa yang menyedihkan dan tidak akan dia lupakan,” ujar Shira lagi.

Tambah Shira, ibu mentuanya juga pernah mendedahkan bagaimana dia berhadapan dengan  segelintir ibu bapa yang terlalu memanjakan anak hingga sanggup ‘back up’ sungguhpun terbukti anak mereka melanggar disiplin.

“Pernah juga ibu mentua cerita, ada segelintir ibu bapa yang apabila dipanggil ke sekolah ekoran masalah disiplin anak sanggup mengugut pula guru-guru dengan mengatakan mereka punyai kenalan di kementerian. Memang amat berbeza pendekatan ibu bapa zaman sekarang.

“Tujuan saya berkongsi di Twitter ini sedikit sebanyak untuk sampaikan mesej betapa budak-budak zaman sekarang sudah kurang adab. Dengan guru sendiri pula tu. Ingat, gurulah yang patut anda hormat selain ibu bapa kerana dia yang curahkan ilmu kepada kita,” ujarnya mengakhiri bicara.

guru disiplin , buli , adab , ibu mertua

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.