Siap sambut tangan guru nak langkah longkang, telatah pelajar comel ini curi tumpuan – “Dia pernah jadi atlet sekolah acara 4x100 meter!” - Viral | mStar

Siap sambut tangan guru nak langkah longkang, telatah pelajar comel ini curi tumpuan – “Dia pernah jadi atlet sekolah acara 4x100 meter!”

Muhamad Fazri Hassan (kanan) bersama Maisarah Ilham yang didiagnosis mengalami masalah lewat perkembangan menyeluruh atau GDD.

TELATAHNYA begitu mencuit hati netizen.

Melihatkan gaya malu-malu kucingnya dengan senyuman yang tidak lekang di bibir, serta merta membuatkan hati netizen cair.

Itulah gerangan murid comel bernama Maisarah Ilham, 9, seorang pelajar kelas pendidikan khas di sebuah sekolah rendah di Sandakan, Sabah.

Video pelajar comel tahun tiga yang dimuat naik gurunya di Twitter diulang kicau (retweet) melebihi 14,000 kali selain dihujani dengan komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia kejar saya tu, dia nampak saya” - Anjing coklat punya hal, jiran cerita detik cemas budak lelaki bolos tingkap, peluk seat kereta! 

ARTIKEL BERKAITAN: Bantuan terbantut! Tayar kereta cikgu terbenam ketika jemput calon UPSR ke sekolah... tindakan guru besar tak disangka-sangka! 

Berkongsi cerita dengan mStar, guru tersebut, Muhamad Fazri Hassan berkata, Maisarah merupakan salah seorang muridnya yang didiagnosis mengalami lewat perkembangan menyeluruh atau GDD (Global Developmental Delay).

“Saya mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan kemahiran manipulatif di kelas Maisarah, di kelas itu ada tujuh pelajar termasuk Maisarah.

“Sungguhpun Maisarah agak comel, tapi di dalam kelas dia seperti seorang kakak kepada rakan-rakannya yang lain kerana dia seorang yang aktif,” katanya.

Perkongsian Fazri di Twitter mendapat perhatian netizen.

Bercerita lebih lanjut, guru berusia 26 tahun itu berkata, Maisarah seorang yang pemalu apabila berhadapan dengan kamera seperti yang boleh dilihat menerusi video yang dimuat naik baru-baru ini.

“Dia memang pemalu. Tapi sebenarnya dia seorang yang banyak bercakap dengan orang yang dia selesa. Dia seperti kanak-kanak lain juga, cuma pergerakannya sedikit perlahan memandangkan dia bertubuh kecil.

“Saya muat naik video Maisarah sekadar mahu berkongsi dengan orang di luar sana mengenai dunia pendidikan khas. Murid-murid yang ditempatkan di dalam kelas ini mempunyai keistimewaan masing-masing, antaranya masalah GDD, pertuturan dan kognitif,” kata Fazri.

Sungguhpun bertubuh kecil, ujar Fazri, Maisarah pernah mewakili sekolahnya dalam acara larian 4x100 meter kategori pendidikan khas daerah Sandakan.

Graduan IPG Kota Bharu ini sudah hampir dua tahun bertugas sebagai guru Pendidikan Khas. 

“Maisarah menunjukkan perkembangan dari semasa ke semasa, sejak dia mula bersekolah di sini setahun yang lalu. Dia semakin aktif kerana dia sukakan aktiviti fizikal.

“Kami sebagai guru-guru pendidikan khas sememangnya menekankan aktiviti ataupun terapi fizikal, contohnya seperti menunggang kuda dan berenang untuk merangsang pergerakan fizikal masing-masing,” ujarnya yang sudah hampir dua tahun bertugas sebagai guru pendidikan khas.

Saya muat naik video Maisarah sekadar mahu berkongsi dengan orang di luar sana mengenai dunia pendidikan khas. Murid-murid yang ditempatkan di dalam kelas ini mempunyai keistimewaan masing-masing, antaranya masalah GDD, pertuturan dan kognitif

MUHAMAD FAZRI HASSAN

GURU PENDIDIKAN KHAS

Ujar graduan bidang Pendidikan Khas dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kota Bharu ini lagi, menjadi seorang guru pendidikan khas sememangnya berdepan dengan cabaran yang bukan calang-calang.

“Cabarannya mungkin dari segi bagaimana mahu memenuhi keperluan setiap murid. Walaupun kelas yang saya ajar ini hanya terdiri daripada tujuh murid, namun keperluan setiap murid itu adalah berbeza.

“Jadi agak sukar untuk seorang guru memenuhi keperluan murid yang istimewa ini serentak. Jadi kena pandai uruskan masa, supaya ilmu itu sampai kepada murid tersebut dan dalam masa yang sama, murid lain tidak terabai.

“Saya bersyukur kerana berpengalaman menjadi sukarelawan bagi orang kurang upaya sebelum ini. Lagi pula, bidang pendidikan khas ini adalah pilihan saya kerana mahu mencuba sesuatu lain daripada biasa,” akhiri Fazri.  

GDD , pendidikan khas , kognitif , atlet

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain