“Kami tengok betul-betul, jari kelingkingnya dah tinggal separuh” - Awas, pintu gril ada bahaya tersembunyi, kanak-kanak ini hancur semua urat! - Viral | mStar

“Kami tengok betul-betul, jari kelingkingnya dah tinggal separuh” - Awas, pintu gril ada bahaya tersembunyi, kanak-kanak ini hancur semua urat!

Jari kelingking Muhammad Najwan Faiz Mohammad Nasron terpaksa dibuang selepas ia berubah menjadi kehitaman akibat putus selepas tersepit pada gril pintu rumah.

“DIA cakap nanti mesti dah tak ada orang nak berkawan dengannya,” demikian kata Nor Azniera Mohammad Nasron yang menceritakan kembali perbualannya bersama adik lelaki yang putus jari kelingking akibat tersepit pada gril pintu rumah.

Berkongsi cerita dengan mStar, Nor Azniera berkata, kejadian malang yang menimpa adik bongsunya, Muhammad Najwan Faiz, 7, pada Jumaat lalu sememangnya tidak akan dilupakan mereka sekeluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Darah keluar banyak sebab salah pasang tiub, doktor kata ‘tak ada masalah’... balik rumah isteri nak pitam tengok suami terketar tahan sakit 

ARTIKEL BERKAITAN: Tersepit antara adik ambil UPSR, ibu dibedah kanser payudara... “Saya sangat terkejut, nenek baru saja meninggal dunia” 

Mengimbas kembali kejadian tersebut, Nor Azniera berkata ketika kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari di rumah keluarga mereka di Gua Musang, Kelantan, dia bersama ahli keluarga yang lain sedang sibuk di dapur menyediakan hidangan kerana mahu mengadakan jamuan kecil buat tetamu yang akan datang selepas menunaikan solat Jumaat.

Faiz menjalani pembedahan untuk menyambung kembali jari kelingkingnya yang putus. 

“Ketika itu yang ada di rumah hanyalah kami yang perempuan sahaja, adik lelaki nombor tiga dan adik bongsu, Faiz yang kami gelar dia Poksu. Yang lain pada ketika itu sudah bergerak ke masjid. Faiz bermain bersama budak-budak lain di luar.

“Tiba-tiba Faiz meluru ke dapur dengan tangannya berdarah-darah dan memberitahu jarinya tersepit pada gril. Masa itu dia tak menangis lagi sebab masih belum rasa sakit. Tetapi apabila kami tengok betul-betul, jari kelingking tangan kirinya dah tinggal separuh. Waktu itu baru dia menangis selepas tahu jari dia putus,” ceritanya.

Menurut anak sulung daripada enam adik beradik ini, mereka kemudian terus mendapatkan serpihan jari Faiz yang masih melekat di gril.

“Adik lelaki nombor tiga dan ibu kami terus bawa Faiz bersama jarinya ke hospital, dengan harapan ia boleh disambung kembali. Waktu itu saya tidak ikut kerana ada tetamu di rumah,” ujar suri rumah berusia 28 tahun ini.

Bila dah jadi, barulah kita perasan ada barang di rumah kita yang membahayakan budak-budak contohnya gril yang berbunga-bunga dan tajam.

NOR AZNIERA MOHAMMAD NASRON 

KAKAK

Cerita Azniera, doktor segera melakukan pembedahan untuk menyambung kembali jari Faiz yang putus itu, namun malangnya mereka diberitahu peluang untuk jari tersebut kembali berfungsi adalah amat tipis

“Kata doktor, hanya satu saja urat yang tidak putus, urat lain semua hancur. Mungkin disebabkan impak berat badan Faiz maka jari yang tersangkut itu terentap dengan agak kuat.

“Bagaimanapun, doktor tetap mencuba sedaya upaya untuk menyambung kembali jari Faiz dan memantau perkembangannya. Selepas enam hari, apa yang terjadi tidak seperti yang diharapkan. Jarinya kehitaman dan kecut, dan paling sedih, doktor beritahu terpaksa buang jari yang putus itu,” katanya.

Bercerita lanjut Azniera berkata adiknya meraung saat diberitahu mengenai perkara itu oleh doktor.

“Beberapa hari sebelum ni, dia macam OK sikit dan dapat menerima kenyataan. Tapi selepas apa yang doktor baru beritahu ni, dia jadi sedih semula.

“Dia selalu cakap, nanti mesti tak ada orang nak kawan dah sebab cacat. Dia juga selalu ulang-ulang ayat ‘Kalau Poksu tak main gril, mesti tak jadi macam ni’. Kalau dengar dia cakap macam itu, ibulah yang akan pujuk dan tarik perhatian dia agar tidak mengungkit kembali peristiwa itu.

Beginilah gril  (kiri) yang menyebabkan jari Faiz tersepit hingga terputus, dan keadaan jarinya selepas baru disambungkan (kanan).

“Sebenarnya, Faiz ni bukan budak nakal, dekat sekolah cikgu beritahu dia budak baik. Tapi masa tu ramai kawan ada di rumah,  jadi dia rasa seronok bermain. Tak sangka pula jadi macam ni,” katanya.

Dalam pada itu, Azniera turut menitipkan pesanan buat orang di luar sana khususnya ibu bapa agar mengambil pengajaran daripada insiden yang menimpa adik bongsunya.

“Bila dah jadi, barulah kita perasan ada barang di rumah kita yang membahayakan budak-budak contohnya gril yang berbunga-bunga dan tajam.

“Kalau boleh, lindungi bahagian yang tajam supaya tak jadi macam jari adik saya,” katanya mengakhiri bicara.

Terdahulu, perkongsian Azniera mengenai insiden yang menimpa adiknya menjadi tular sehingga mendapat 2,400 shares selain dihujani ribuan komen netizen. 


jari kelingking , urat , gril

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain