suria

“Dia kejar saya tu, dia nampak saya” - Anjing coklat punya hal, jiran cerita detik cemas budak lelaki bolos tingkap, peluk seat kereta!

Harris yang sedang ketakutan terus melompat masuk melalui tingkap kereta jirannya.

BAGI sesiapa yang mempunyai pengalaman dikejar anjing, pasti faham betapa takutnya perasaan itu sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan diri.

Begitu juga dengan seorang kanak-kanak lelaki yang videonya tular di laman sosial apabila berdepan situasi sama.

Video detik cemas tetapi melucukan yang sempat dirakam oleh jirannya jelas menunjukkan betapa wajah kanak-kanak tersebut pucat kerana ketakutan sambil berusaha menyelamatkan diri daripada dikejar seekor anjing di sebuah kawasan perumahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Satu rumah kecoh terima tetamu tak diundang, “Tiba-tiba bau busuk, bunyi ada sesuatu sedang mengunyah” 

ARTIKEL BERKAITAN: Anjing, kucing jalanan makan 'mewah' kerana lelaki ini berhutang - "Saya makan nasi dengan telur goreng cicah kicap dah cukup" 

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya dah tak berhutang lagi” - Rezeki beri anjing, kucing jalanan makan... motosikal pun ada yang nak tolong baiki! 

Menceritakan kembali kejadian yang berlaku pada petang Ahad lalu, Norasmah Hasbullah berkata dia sedang menunggu suaminya di dalam kereta yang ketika itu keluar membuka pagar rumah selepas pulang dari membeli barang keperluan harian.

"Tengah menunggu, tiba-tiba ada budak laju kayuh basikal menuju rumah saya sebab pintu pagar rumah kami terbuka. Dengan basikal pun dia parking dalam pagar rumah saya.

"Dia tak sedar saya ada di dalam kereta. Bila saya jerit panggil nama dia dari dalam kereta, sekali lagi dia terkejut sambil urut dada dan datang tepi tingkap kereta.

"Saya suruh dia ambil basikalnya tapi dia kata tak nak... tak nak... anjing kejar saya, anjing coklat katanyaSedang saya bercakap dengan dia dan rakam situasi tu, dengan tidak semena-mena, dia terus lompat masuk kereta menerusi tingkap yang terbuka," cerita Norasmah kepada mStar.

Muhamad Harris terlebih dahulu 'menceroboh' masuk ke dalam rumah jirannya sebelum menerpa masuk kereta Norasmah melalui tingkap.

Norasmah yang juga pemandu van sekolah berkata, dia sekadar merakam video itu kerana lucu melihat gelagat kanak-kanak berkenaan, Muhamad Harris, lapan tahun yang sedang ketakutan dan menggelabah.

Malah, menerusi video tular itu juga dapat dilihat Muhamad Haris memeluk 'seat' kereta dan enggan keluar walaupun disuruh oleh Norasmah. 

"Kanak-kanak itu anak jiran saya, dia anak yatim dan tinggal di lorong belakang rumah saya di Taman Seri Austin, Johor Bahru. Dia pun naik van sekolah yang saya pandu, saya pula kaki menyakat.

"Saya rekod dan hanya berkongsi dalam group WhatsApp keluarga sahaja. Anak buah saya, Infitah Natasya yang kongsi dan kemudian pensyarahnya, Dr Istajib Mokhtar turut berkongsi di Twitter beliau," ujarnya sambil ketawa kecil. 

Tweet yang dikongsi pensyarah anak saudara Norasmah.

Tambah Norasmah, selepas kejadian itu, dia kerap menyakat Muhammad Harris dan sehingga kini kanak-kanak berusia lapan tahun itu masih trauma dengan kejadian itu.

"Bila tanya dia kenapa tak kayuh basikal ronda-ronda lagi, dia kata dia serik. Takut dikejar anjing lagi," ujarnya.

Sehingga kini video yang dikongsi di akaun Twitter @Istajib_Mokhtar itu diulang kicau sebanyak 5,600 kali dan mendapat lebih 3,000 tanda suka.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
anjing coklat, anjing, jiran

Artikel Berkaitan

Artikel Lain