Berbaloi 2 minggu ‘tenung’ karya pertama... selepas minta nombor telefon, Ben Amir akhirnya datang jumpa – “Pasti akan gantung di dinding saya!” - Viral | mStar

Berbaloi 2 minggu ‘tenung’ karya pertama... selepas minta nombor telefon, Ben Amir akhirnya datang jumpa – “Pasti akan gantung di dinding saya!”

Nur Fariza yang melukis potret Ben Amir bertuah dapat bertemu dengan pelakon itu. Foto instagram benamirr/nurfariza85

DUA minggu ‘merenung’ lakaran potret wajah pelakon kacak Ben Amir tidak sia-sia apabila wanita ini menerima maklum balas daripada pemilik wajah potret itu sendiri.

Bagaikan mimpi, potret pertama yang dihasilkannya bukan sahaja mahu dibeli oleh Ben Amir, malah dia turut berpeluang bertemu dan bertentang mata dengan aktor itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “I love it” - Dua minggu ‘tenung’ Ben Amir sambil tongkat dagu, akhirnya aktor itu DM nak nombor telefon!

It was great meeting you and your family! Percaya tak ni portret pertama yang Fariza lukis? Dua minggu dia lukis harap tak bosan tengok muka Ben.

We can do amazing things when we put our mind to it. Harap usaha Fariza dapat beri inspirasi kepada kita semua. Pasti akan gantung potret ini di dinding saya,” tulis Ben Amir menerusi akaun Instagram miliknya pada Rabu.

Lakaran wajah Ben Amir merupakan potret pertama Nur Fariza.

Pelukis bertuah itu, Nur Fariza Abu Hassan berkata, pertemuan yang tidak disangka-sangka itu dibuat di kediaman keluargannya di Klang, Selangor pada Selasa.

Wanita berusia 34 tahun itu memberitahu, perasaannya cukup gembira apabila menerima kehadiran Ben Amir, pelakon yang semakin menjadi perhatian selepas membintangi drama Sweet Dreams bersama aktres, Mira Filzah.

“Saya gembira. Hanya gembira ungkapan yang dapat saya gambarkan apabila Ben Amir datang berjumpa saya untuk mendapatkan potret wajahnya.

“Ben cakap potret tu cantik. Dia ada berpesan supaya saya meneruskan dengan kerja-kerja seni saya,” katanya dengan nada teruja kepada mStar.

Ben Amir (kanan) berkesempatan meluangkan masa bersama pelukis potret yang juga peminatnya.

Nur Fariza berkata, ketika pertemuan berharga bersama Ben Amir mereka banyak berbual mengenai lukisan terutama pengalamannya melukis dan mengikuti kelas seni.

Hasrat Ben Amir yang mahu membeli potret pertama karya Nur Fariza turut direalisasikan dalam pertemuan itu.

Saya gembira dapat serahkan lukisan itu sendiri kepada Ben. Pertemuan dengan Ben dan potret itu dibeli oleh pemilik wajah itu sendiri sudah tentu menjadi pengalaman yang tidak dapat saya lupakan.

NUR FARIZA

“Saya gembira dapat serahkan lukisan itu sendiri kepada Ben. Pertemuan dengan Ben dan potret itu dibeli oleh pemilik wajah itu sendiri sudah tentu menjadi pengalaman yang tidak dapat saya lupakan,” katanya.

mStar sebelum ini melaporkan Nur Fariza yang menghidap penyakit mucopolysaccharidosis jenis empat, penyakit yang membantutkan tumbesaran sejak kecil buat pertama kali mencuba melukis potret dan memilih untuk melakar wajah Ben Amir.

(gambar kanan) Ben Amir meneliti lakaran potret yang dihasilkan oleh Nur Fariza. (gambar kiri) Nur Fariza menganggap pertemuannya dengan Ben Amir sebagai pengalaman yang tidak dapat dilupakannya.

Sejak kisahnya membabitkan Ben Amir tular, Nur Fariza yang mula melukis sambil berlajar dalam bidang seni itu sejak 2006 menerima banyak tempahan lukisan terutama potret.

Menyifatkan tarikan pada wajah Ben Amir adalah senyuman pelakon itu, dia bagaimanapun menjelaskan masih belum bersedia untuk mengambil tempahan lukisan potret buat masa ini.

“Saya belum ambil tempahan potret lagi sebab baru belajar teknik lukisan itu, banyak lagi yang saya perlu belajar. Namun, peluang bertemu dengan Ben memberi semangat untuk saya terus berlatih dan mahir dalam lukisan potret,” katanya.

Ben Amir , potret , Sweet Dreams , Mira Filzah

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.