Chan Foong Hin (tengah) bersama Tengku Ahmad Badli Shah (kanan) sewaktu pelancaran Kempen Generasi Muda di Kota Kinabalu, Sabah.
AGROBANK melancarkan dua kempen deposit peringkat kebangsaan bersempena sambutan Tahun Baharu Cina di Sabah yang menyasarkan penyertaan masyarakat umum serta golongan kanak-kanak dan remaja.Menurut Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, kempen itu mencerminkan komitmen Agrobank dalam menyokong agenda literasi kewangan negara. "Kempen Generasi Muda menyokong objektif Strategi Kebangsaan Literasi Kewangan 2026–2030 (NS2.0) dengan menggalakkan amalan menabung secara berstruktur dan konsisten sejak usia yang muda."Pada masa yang sama, kempen Heng Heng Lai pula memupuk disiplin simpanan dalam kalangan pelanggan dewasa."Usaha ini secara tidak langsung menyumbang kepada pembinaan isi rumah yang lebih berdaya tahan selaras dengan aspirasi Ekonomi Madani,” katanya.Sewaktu majlis pelancarannya, Ahmad Badli turut disertai oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin.Peserta bertuah bakal memenangi hadiah wang tunai berjumlah sehingga RM25,000.Dalam pada itu, Foong Hin berkata, inisiatif ini juga berupaya memberi impak positif khususnya kepada masyarakat di Sabah bagi memperkukuh kestabilan kewangan keluarga."Galakan untuk menabung secara konsisten, terutamanya dalam kalangan generasi muda di Sabah merupakan langkah penting ke arah memperkukuh daya tahan kewangan komuniti."Inisiatif sebegini memberi ruang kepada keluarga di Sabah untuk lebih aktif menyertai sistem kewangan formal dan merancang masa depan dengan lebih yakin," katanya.Kempen Mega Million 3.0: “Heng Heng Lai”Kempen ini berlangsung dari 15 Februari hingga 15 Mac 2026, melibatkan produk AgroPrimaS dengan kelayakan peletakan minimum RM50,000 dalam satu sijil.Peserta layak menyertai cabutan bagi setiap sijil yang memenuhi syarat dengan ganjaran kepingan emas Agrobank seberat 10 gram kepada lapan pemenang.Kempen Generasi Muda Kempen ini pula berlangsung dari 15 Februari 2026 hingga 15 Februari 2027 melibatkan produk AgroMuda-i PLUS.Ia terbuka kepada kanak-kanak berusia satu hari hingga bawah 18 tahun.Peserta perlu meningkatkan Monthly Average Balance (MAB) sebanyak RM100 setiap bulan bagi melayakkan diri menerima Hadiah Milestone.Bagi kempen ini, seramai 80 pemenang bulanan akan menerima kotak misteri selain peluang cabutan akhir sehingga RM25,500.Kedua-dua kempen itu bertujuan menggalakkan amalan menabung secara berdisiplin, di samping memupuk tabiat simpanan konsisten sejak usia muda.