suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KWSP umum dividen 6.15 peratus untuk Simpanan Konvensional dan Syariah

Kadar yang diumumkan lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.15 peratus bagi simpanan konvensional untuk tahun 2025, dengan jumlah pembayaran keseluruhan berjumlah RM67.1 bilion.

Sementara itu, kadar dividen bagi simpanan Syariah juga 6.15 peratus dengan jumlah pembayaran keseluruhan sebanyak RM12.5 bilion.

Kedua-dua simpanan konvensional dan Syariah mencatatkan dividen yang lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.

Bagi tahun 2024, KWSP mengisytiharkan kadar dividen 6.3 peratus untuk simpanan konvensional dengan jumlah pembayaran sebanyak RM63.05 bilion, serta dividen 6.3 peratus bagi simpanan Syariah dengan jumlah pembayaran RM10.19 bilion. 

 

dividen KWSP, kadar dividen KWSP,

Artikel Lain