Ulat dikatakan masih hidup ketika wanita ingin menikmati juadah berbuka puasa yang dibeli di bazar Ramadan. -Gambar media sosial 1 / 1
HASRAT seorang wanita menikmati nasi ayam madu sebagai juadah berbuka puasa terbantut apabila mendakwa menemui ulat dalam hidangannya.Wanita tersebut memberitahu juadah itu dibeli di sebuah gerai di bazar Ramadan Bandar Tun Hussein Onn, Selangor pada Rabu lalu. Lebih mengecewakan, aduan yang dibuat kepada peniaga pada Khamis lalu tidak dilayan malah menunjukkan sikap tidak sopan ketika dia cuba menunjukkan ulat yang dikatakan masih hidup pada makanannya."Perkara ini amat mengecewakan kerana melibatkan kebersihan dan keselamatan makanan."Peniaga gerai tidak menunjukkan sikap bertanggungjawab, tidak meminta maaf dan bercakap dengan tidak sopan serta tidak menghormati pelanggan," katanya menerusi perkongsian di TikTok.Susulan itu, dia membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) bagi memastikan tindakan diambil terhadap peniaga tersebut."Saya memohon agar pihak MPKJ dapat menjalankan pemeriksaan terhadap gerai tersebut demi memastikan kebersihan dan keselamatan makanan di bazar Ramadan sentiasa terjamin," katanya.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang turut mendakwa pernah berdepan pengalaman serupa di bazar sama."Saya pernah pergi kedai ayam bakar madu dekat bazar ni dulu, dapat ayam busuk siap pakej ulat sampah dalam ayam," dakwa netizen.Ada juga warga maya berpandangan kes sedemikian berlaku kerana daun salad tidak dicuci bersih oleh peniaga."Kebanyakan kes macam ini sebab tak cuci daun salad. Lagi satu kobis bulat. Dalam kobis ada cacing, kalau tak cuci betul-betul memang masuk perut," kongsinya.