suria

Isu penuntut universiti hina agama Islam, Siti Nurhaliza luah rasa sedih... Harap dikenakan tindakan tegas

Siti bersuara mengenai isu penuntut universiti hina agama Islam.

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tegas berkongsi pendapat berhubung isu membabitkan penuntut universiti tempatan yang memijak naskhah suci al-Quran.

Enggan perkara tersebut dipandang remeh, Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 46, berharap agar tindakan dan hukuman setimpal dikenakan terhadap pelaku. 

"Negara kita mempunyai undang-undang dan peraturan yang jelas. Justeru, kami berharap agar perbuatan si pelaku dikenakan tindakan serta hukuman yang setimpal mengkut peruntukan undang-undang sedia ada," katanya. 

Perkongsian Siti di Instastory miliknya.

Siti berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Sabtu. 

Dalam pada itu, Siti menyifatkan tindakan individu berkenaan sebagai melampau dan tidak wajar. 

Baginya insiden tersebut amat mengejutkan dan menyentuh perasaan, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan seorang individu bergelar pelajar institusi pengajian tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] "Semoga Allah beri kesabaran, saya enggan ulas atau bidas sebab ustaz dah jelaskan" - Siti Nurhaliza jawab isu solat tanpa telekung

ARTIKEL BERKAITAN: Mana telekung? Foto Siti Nurhaliza sembahyang berjubah curi perhatian... Ramai belum ‘khatam’ garis panduan aurat wanita dalam solat

"Saya secara peribadi amat terkesan dan berdukacita dengan tindakan melampau seorang individu yang tergamak menghina serta memijak naskhah suci al-Quran sebagaimana yang tular baru-baru ini. 

"Perbuatan tersebut melukiskan gambaran hilangnya nilai adab dan hormat dalam diri manusia yang jika dibiarkan akan merosakkan moral generasi akan datang," ujarnya. 

Sebelum ini, tular di media sosial apabila seorang pengguna Threads didakwa memuat naik foto memijak al-Quran sehingga mencetuskan kemarahan dalam kalangan umat Islam.

Individu terbabit yang dikatakan merupakan pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) kemudiannya tampil memohon maaf atas tindakannya memuat naik gambar tersebut.

Siti berharap tindakan dan hukuman setimpal dikenakan kepada pelaku.

Bagaimanapun, pelajar itu telah direman empat hari bagi membantu siasatan. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 298 kanun keseksaan kerana melakukan tindakan menghina agama lain. 

Sabit kesalahan boleh dipenjara hingga setahun dan dedenda atau kedua-dua sekali

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain