Doktor sebak suami hilang pekerjaan rayu tak ditahan di wad walau ada simptom Covid-19... mahu cari rezeki untuk keluarga

Dr Ahmad Luqman terpaksa menahan pesakit itu di hospital bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19. Foto: FB Ahmad Luqman Bukhari

TEMPOH Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuat kuasakan sehingga 14 April semestinya menjadi satu beban buat ketua rumah bagi memastikan seisi keluarga mampu hidup dengan selesa.

Pasti 'pening kepala' bagi mereka yang hanya mendapat gaji mengikut hari ataupun pekerja yang diberikan cuti tanpa gaji.

Namun, inilah pengorbanan yang perlu dihadapi dalam usaha rakyat membendung wabak Covid-19 dengan menuruti arahan kerajaan seperti mana diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk duduk di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Audio bekas pesakit Covid-19 merintih imbas azab 14 hari di wad tular, dah rasa macam neraka - “Bau nasi pun nak muntah”

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor bidas pengasas kosmetik ‘tukar karier’ buat hand sanitizer, berkeliaran cari pelanggan - “Saya pelik orang cari hand sanitizer seolah nak mandi”

Menerusi sebuah perkongsian di Facebook Dr Ahmad Luqman Bukhari, beliau menceritakan kembali kisah sedih seorang lelaki yang terpaksa berpisah dengan ahli keluarganya selepas perlu dimasukkan ke hospital.

Dr Ahmad Luqman bertugas di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Tuanku Ja'afar Seremban, Negeri Sembilan.  Foto: FB Ahmad Luqman Bukhari

Pesakit yang berusia dalam lingkungan 40-an itu merayu supaya dia dibenarkan pulang ke rumah meskipun terdapat simptom-simptom Covid-19.

"Pesakit ni datang ke hospital disebabkan sukar bernafas. Dadanya terasa sempit, seolah-olah berada di tempat tinggi yang mana kandungan oksigen menipis.

"Selepas dipakaikan topeng muka oksigen, barulah pernafasannya kembali lancar.

"Sejarah pesakit, ujian fizikal, siasatan darah dan pemeriksaan x-ray di dada turut dilakukan," ujar Dr Ahmad Luqman yang memberitahu pesakit tersebut berkemungkinan besar dijangkiti Covid-19.

Selepas pesakit tersebut diminta untuk ditahan di hospital, Dr Ahmad Luqman memberitahu bahawa lelaki itu merayu kepadanya supaya dia dibenarkan pulang.

"Pesakit memberitahu dia mempunyai isteri dan anak-anak di rumah dan yang paling kecil berusia enam bulan.

"Sudah dua minggu tidak bekerja dan perlu berusaha untuk mencari rezeki buat seisi keluarga," jelas Dr Ahmad Luqman yang bertugas sebagai Pegawai Perubatan Bahagian Kecemasan dan Trauma Hospital Tuanku Ja'afar Seremban.

Perkongsian Dr Ahmad Luqman mengundang rasa sebak netizen di Facebook.

Rayuan itu membuatkan Dr Ahmad Luqman sebak memandangkan dirinya juga merupakan ketua keluarga dan faham akan tanggungjawab tersebut.

"Benda pertama yang berlegar di fikiran adalah bagaimana nak pastikan ahli keluarga dia survive pada waktu begini?

Hanya terdapat dua pengakhiran sahaja iaitu kembali berjumpa ahli keluarga atau berakhir dengan sebuah kematian.

DR AHMAD LUQMAN

"Bagaimana nak pastikan ada sedikit makanan dapat dihidangkan kepada isteri dan anak-anaknya?

"Bagaimana nak pastikan ahli keluarganya kekal selamat di dalam rumah?" tambah Dr Ahmad Luqman.

Dr Ahmad Luqman (tengah) berkelulusan dalam bidang perubatan di Universiti Al-Azhar, Mesir.  Foto: FB Ahmad Luqman Bukhari

Namun, menurut Dr Ahmad Luqman, permintaan pesakit tidak mampu dipenuhi oleh pihak hospital memandangkan wabak ini perlu dibendung demi kebaikan masyarakat yang lebih besar.

"Pahit untuk ditelan, namun ini realiti yang perlu dihadapi.

"Hanya terdapat dua pengakhiran sahaja iaitu kembali berjumpa ahli keluarga atau berakhir dengan sebuah kematian," ujar Dr Ahmad Luqman yang berkelulusan dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

Dalam pada itu, Dr Ahmad Luqman menasihatkan agar semua pihak perlu menerima hakikat bahawa hanya satu jalan sahaja yang perlu dilalui iaitu memenangi peperangan menentang Covid-19.

"Usahalah untuk terus kekal bertahan di balik dinding rumah dan kami akan cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik di barisan depan," katanya.

Posting Dr Ahmad Luqman di Facebook sehingga kini telah mendapat 2,900 perkongsian dan 8,000 tanda suka daripada netizen.

Artikel Berkaitan

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain