Audio bekas pesakit Covid-19 merintih imbas azab 14 hari di wad tular, dah rasa macam neraka - “Bau nasi pun nak muntah”

Seorang bekas pesakit Covid-19 berkongsi pengalamannya dijangkiti virus itu. Gambar hiasan/Foto Facebook

MASIH ramai yang mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan bagi mencegah penularan wabak Covid-19.

Namun, luahan seorang lelaki yang merupakan bekas pesakit Covid-19 mengenai keperitan yang dilaluinya kerana dijangkiti virus itu mungkin dapat memberi keinsafan kepada mereka yang berdegil.

Menerusi klip rakaman perbualan bersama seorang wanita dipercayai saudaranya yang tular di media sosial, lelaki itu dikatakan mendapat rawatan di sebuah hospital di Johor dan kini telah sembuh serta dibenarkan pulang ke rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Nurse menitik air mata! Dedah keadaan mengejutkan di wad pesakit tabligh, tersentak dengar soalan mereka - “Tahu tak dalam tu semua ilmu agama tinggi”

ARTIKEL BERKAITAN: Nurse rasa kerdil rawat pelajar tahfiz, menangis dengar azan - “Kami berjuang dengan baju berlapis-lapis, bila masuk wad rasa tenang”

Haji Man (bukan nama sebenar) yang dimasukkan ke hospital selama 14 hari berkongsi pengalamannya dijangkiti virus itu.

“Seksanya nauzubillah. Kepala pening, perut sakit, demam, tulang-tulang semua sakit. 10 hari tak ada selera makan. Bau nasi pun nak muntah.

“Di hospital tak boleh pasang kipas dan aircond (penyaman udara). Rasa panas dah macam neraka,” katanya yang dipercayai berasal dari Simpang Renggam di Kluang.

Pasukan perubatan mengusung seorang pesakit Covid-19. Gambar hiasan/Foto Reuters

Haji Man turut memberitahu dia kerap menangis melihat keadaan pesakit yang terlantar di wad sama kerana jangkitan virus itu.

“Saya menangis siang malam pagi petang tengok sebelah-sebelah (katil), tak sampai hati tengok. Ada yang teruk sangat. 

“Di sebelah katil saya, isterinya meninggal pun tak dibenarkan tengok. Ada seorang lagi anaknya berusia setahun dipisahkan daripada maknya,” katanya sambil menambah tiada sesiapa pun dibenarkan untuk datang melawat.

Bersimpati dengan nasib pesakit Covid-19 yang lain, dia mendoakan agar Allah SWT menyembuhkan mereka yang menghidap penyakit itu.

Haji Man berdoa kepada Allah SWT mengenangkan nasib masyarakat akibar Covid-19. Gambar hiasan/Foto Bernama

“Malam pun tak boleh tidur, didoakan yang kena, biarlah Allah SWT sembuhkan, yang belum kena biar Allah lindungi jangan sampai kena.

“Setiap jam saya menangis, terlalu sakit... terlalu pedih. Dimaklumkan sana meninggal dunia, di sini meninggal dunia,” katanya tanpa merujuk lokasi kes kematian.

Kalau saya mati, amalan saya beberapa hari ni mudah-mudahan diterima... moga jadi bekalan (amalan) buat saya. Kalau saya sihat, inilah ubat saya (doa), ubat lain tak ada.

HAJI MAN

Lebih memilukan, Haji Man turut berkongsi mengenai doanya kepada Allah SWT berikutan nasib yang menimpanya.

“Saya mengadu kepada Allah SWT, kalau saya mati, amalan saya beberapa hari ni mudah-mudahan diterima... moga jadi bekalan (amalan) buat saya. Kalau saya sihat, inilah ubat saya (doa), ubat lain tak ada. 

“Tengok doktor dan jururawat yang merawat saya pun tak sampai hati. Mereka pun seksa, baju basah (peluh) dari atas sampai bawah kerana panas,” katanya sambil menambah semua petugas barisan hadapan (frontliner) melayan mereka dengan baik.

Keadaan frontliner yang berpakaian berlapis-lapis untuk merawat pesakit Covid-19. Gambar hiasan/Foto Bernama

Menurut Haji Man, dia pernah menjalani pembedahan buah pinggang dan berulang-alik ke hospital pakar selama dua tahun untuk mendapatkan rawatan.

“Tapi azabnya tak macam ni. Pengalaman saya selama 14 hari di hospital macam 14 tahun rasanya.

“Kena pakai penutup mulut 24 jam. Memang azab betul, saya bukan main-main. Sebab tu saya merayu kepada Allah SWT, mereka yang belum kena minta dijauhkan,” katanya.

audio, pesakit, Covid-19, azab, neraka

Artikel Berkaitan

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain