Nurse menitik air mata! Dedah keadaan mengejutkan di wad pesakit tabligh, tersentak dengar soalan mereka - “Tahu tak dalam tu semua ilmu agama tinggi”

Sekumpulan pesakit Covid-19 solat berjemaah dalam tempoh menjalani rawatan. Gambar sekadar hiasan/Foto Twitter

ANGKA mereka yang positif Covid-19 di negara ini mencatatkan sebanyak 1,796 kes setakat Rabu, dan daripada jumlah itu, sebahagian besar merupakan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu.

Dilaporkan, seramai 16,000 peserta program itu terdiri daripada 14,500 warga Malaysia, manakala 1,500 peserta warga asing dari 25 negara.

Saban hari, pihak kerajaan merayu agar jemaah tabligh membuat saringan kesihatan, sehingga menyebabkan golongan ini dikecam ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mereka tak nak masuk lif... terasa saya” - Tabligh jadi bualan ramai... pemuda simpan janggut, pakai kopiah faham social distancing

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya stres, sepatutnya doakan ayah cepat sembuh” – Anak bilal positif Covid-19 selepas sertai program tabligh kesal maklumat sulit bapa tersebar

Namun di sebalik pelbagai pandangan dan kata-kata kurang enak dilemparkan terhadap ahli tabligh, seorang jururawat sebak berkongsi pengalamannya mengendalikan pesakit tabligh yang positif Covid-19.

Kebanyakan jemaah tabligh membawa imej berkopiah. Gambar sekadar hiasan/Foto Bernama

Menerusi aplikasi 'story' yang dikongsikannya menerusi WhatsApp sehingga menjadi tular, jururawat itu menggambarkan suasana wad yang dipenuhi pesakit jemaah tabligh.

“Bila masuk dalam wad tu, macam masuk dalam masjid. Kebanyakan semua berjubah, ada yang berkopiah dan berserban... semua tersenyum je.

“Ada yang bertongkat seperti tok guru (Allahyarham Datuk Seri) Nik Aziz, ada yang sebaya dengan ayah kita, datuk kita. 

“Sedih, sayu sampai menitik air mata. Tahu tak dalam wad Covid-19 tu semuanya orang yang ilmu agamanya tinggi,” katanya. 

Tangan masing-masing ada tasbih, solat berjemaah, solat sunat, berzikir, mengaji al-Quran. Azan merdunya suara, lunaknya sampai tersentuh hati ini.

JURURAWAT

Malah, jururawat itu menyifatkan pesakit positif Covid-19 yang terlantar di wad cukup menyenangkan mereka sebagai petugas barisan hadapan (frontliner). 

“Tak ada muka yang berkerut, tak ada marah-marah. Semua bercakap lembut. 

“Tangan masing-masing ada tasbih, solat berjemaah, solat sunat, berzikir, mengaji al-Quran. Azan merdunya suara, lunaknya sampai tersentuh hati ini,” katanya meluahkan perasaan.

Luahan seorang jururawat yang mengendalikan pesakit Covid-19 dalam kalangan jemaah tabligh.

Menurut jururawat berkenaan, dia turut tersentuh apabila segelintir mereka sedia menghulurkan bantuan dalam keadaan yang genting itu.

“Mereka siap tanya lagi ‘ada apa lagi nurse yang kami boleh tolong’. Kadang-kadang terfikir kenapa Tuhan tak gantikan dengan manusia-manusia yang jahat kat muka bumi ni dengan mereka.

“Tapi nak buat macam mana, Allah lebih mengetahui orang-orang beragama yang beriman selalu diuji,” tambahnya.

Jururawat mempunyai persepsi yang berbeza mengenai jemaah tabligh yang dikritik banyak pihak.

Walaupun kepenatan menjaga 30 pesakit, tetapi jururawat tersebut lebih berasa simpati terhadap kumpulan pesakit jemaah tabligh.

“Ye letih memang letih, tapi rasa simpati dan kasihan tu lebih tinggi. Mereka langsung tak menyusahkan, semuanya sangat-sangat baik. Sudah-sudahlah kecam golongan tabligh,” katanya.

Pada masa sama, jururawat itu turut mendoakan agar kesemua pesakit positif Covid-19 segera sembuh dan segala urusan untuk merawat mereka berjalan lancar.

“Janganlah diambil nyawa mereka semua sebab mereka sangat baik. Doakan semoga dipanjangkan umur dan dipermudahkan urusan,” ujarnya.

pesakit, tabligh, Covid-19, kopiah, serban, Nik Aziz

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain