“Dalam keluarga saya, adik beradik semua doktor” - PKP belum umum, pasangan doktor ini awal-awal tangguh majlis kahwin, ‘burn’ deposit

Dr Adham dan isterinya, Dr Nur Syazwani sepakat untuk menangguhkan majlis di sebelah pengantin lelaki yang sepatutnya berlangsung 4 April ini.

MANUSIA hanya mampu merancang, namun Tuhan yang menentukan.

Meskipun berat hati, namun pasangan ini sepakat untuk menangguhkan majlis persandingan mereka yang sepatutnya berlangsung 4 April depan, demi kebaikan semua pihak.

Menurut Dr Adham Dan Adnan, dia bersama pasangannya, Dr Nur Syazwani Mohd Nazir memutuskan perkara ini kerana mengetahui risiko yang bakal dialami sekiranya mereka tetap meneruskan majlis sebagaimana perancangan awal.

ARTIKEL BERKAITAN: Berlima kebumi jenazah korban Covid-19 jam 2.30 pagi, waris tuntut penjelasan - “Kami tiada kepakaran... kalau bukan kerana Covid-19, tiada masalah”

ARTIKEL BERKAITAN: Lima sahabat batal travel selepas doa mak makbul, ada yang sedih sampai migrain - “Tak lari ke manalah Korea tu”

“Majlis ini adalah majlis menyambut menantu di sebelah saya. Sebetulnya rancangan untuk menangguhkan majlis dibuat pada awal Mac lagi iaitu sebelum kerajaan umum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Dalam keluarga saya, adik beradik semua doktor, jadi kami tahu macam mana bahayanya wabak Covid-19. Bila lihat kes meningkat dan makin teruk, kami putuskan untuk tidak teruskan kerana tak mahu jadi ‘penyebar’,” katanya kepada mStar.


Dr Adham dan isteri, Dr Nur Syazwani selamat diijabkabulkan pada 3 Januari lalu.

Doktor muda berusia 26 tahun ini menambah, sungguhpun sedikit ralat namun dia bersyukur kerana sudah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya pada awal Januari lalu.

“Alhamdulillah kami bernikah pada 3 Januari, dan majlis persandingan di sebelah isteri pada 4 Januari. Hanya majlis di sebelah saya yang belum… kad pula sudah diedarkan kepada tetamu, jadi kami terpaksa buat pengumuman penangguhan ini,” ujarnya yang bertugas di sebuah hospital di Kelantan.

Kata anak bongsu daripada tujuh adik beradik ini lagi, dia reda meskipun terpaksa menanggung kerugian atas keputusan menangguhkan majlis tersebut.

Yang penting, perkara wajib sudah dilakukan. Majlis bila-bila pun boleh buat.

DR ADHAM DAN ADNAN

DOKTOR/PENGANTIN LELAKI

“Semua dah dirancang tapi terpaksa ‘burn’. Dewan, jurumekap, jurufoto kalau ikutkan semua dah bayar deposit. Disebabkan keputusan ini dilakukan sebelum PKP, ada sesetengah daripada mereka seperti keberatan… ada yang kata tak boleh nak batalkan, jadi kami terangkan elok-elok. Mungkin masa itu mereka tak nampak gambaran bahayanya wabak ini lagi.

“Ada juga yang minta tarikh baharu… tapi kita masih tak tahu bila keadaan akan kembali pulih. Nak tak nak, terpaksa reda kena ‘burn’ kerana bagi kami, nyawa lebih penting. Saya tak mahu perkara buruk berlaku kepada keluarga.

“Yang penting, perkara wajib sudah dilakukan. Majlis bila-bila pun boleh buat,” ujarnya.

Mengulas lebih lanjut, Dr Adham berkata keputusannya bersama isteri disokong penuh oleh keluarga masing-masing.

Dr Adham dan isteri ketika majlis resepsi di sebelah pengantin perempuan yang diadakan pada 4 Januari.  

“Ketika suarakan keputusan kami kepada keluarga, tak sangka mereka sangat menyokong. Jadi saya dan isteri rasa apa yang kami putuskan itu tindakan yang tepat.

“Ayah saya ada tanya sama ada nak buat kecil-kecilan atau tangguh ke hujung tahun. Masa itu, macam-macam cadangan keluar… ada keluar cadangan supaya teruskan majlis tapi pack food sahaja untuk tetamu. Tapi nampak macam pelik pula.

“Akhirnya semua sepakat untuk tangguh sahaja. Kalau boleh, memang nak buat juga nanti walaupun tak tahu bila, sebab masa itulah nak berkenal-kenalan dengan sanak saudara kedua-dua belah pihak… nak beramah mesra sebab ada yang lama tak jumpa.

“Apa yang boleh saya sampaikan, buat masa ini semua pihak perlu ambil tanggungjawab bersama untuk cegah Covid-19. Wabak ini jika dijangkiti, kesannya tidak sama ke atas setiap individu. Ada yang teruk sampai perlukan bantuan pernafasan. Jadi, menjadi tanggungjawab kita untuk bekerjasama mencegahnya,” ujarnya mengakhiri bicara.

doktor, tangguh, majlis, Covid-19

Artikel Berkaitan

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain