suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Khabar duka.... patut ujian darah untuk kemoterapi, kanak-kanak 2 tahun positif Covid-19

Muhammad Fateh Aqil yang menghidap kanser darah, disahkan positif Covid-19. Foto Facebook Persatuan Sokongan Kanak-Kanak Kanser (Pesona)

NIAT mahu menjalani ujian darah bagi menjalani rawatan kemoterapi, namun bertukar khabar duka apabila kanak-kanak berusia dua tahun itu telah disahkan positif Covid-19.

Perkara itu didedahkan oleh Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser (Pesona) di halaman Facebooknya.

Setakat ini, kes ini adalah antara pesakit paling muda yang disahkan dijangkiti wabak berbahaya ini. 

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan rekod menunjukkan warga China berusia empat tahun adalah yang kes termuda yang dirawat dan telah dibenarkan keluar wad hospital di Langkawi selepas sembuh jangkitan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi jemaah tabligh meninggal dunia, catat korban ke-21 akibat Covid-19

“Mohon doakan anakanda Muhammad Fateh Aqil Mohd Nazmee, dua tahun empat bulan yang disahkan positif virus Covid-19,” demikian menurut perkongsian itu.

Menurut Pesona dalam posting berkenaan, Muhammad Fateh yang merupakan penghidap kanser darah (leukemia) sepatutnya menjalani kitaran kemoterapinya mengikut jadual di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan.

“Bagaimanapun, ujian darah dilakukan mendapati dia dijangkiti Covid-19. Mohon didoakan agar anakanda Fateh sembuh dan dapat menruskan perjuangannya,” katanya.

Muhammad Fateh kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Sementara itu, menurut sumber, kanak-kanak yang berasal dari Kelantan itu kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Bharu. 

Kanak-kanak yang merupakan anak sulung daripada dua beradik itu dipercayai dijangkiti Covid-19 menerusi kontak keluarga.

Difahamkan, keluarga pesakit turut menjalani ujian untuk Covid-19 namun keputusannya adalah negatif.

Artikel Lain