“Mereka tak nak masuk lif... terasa saya” - Tabligh jadi bualan ramai... pemuda simpan janggut, pakai kopiah faham social distancing

Seorang pemuda berkongsi pengalamannya memakai kopiah dan seluar singkat. Gambar sekadar hiasan/Foto Bernama

PENULARAN wabak Covid-19 di Malaysia semakin meruncing, dengan 900 kes jangkitan virus itu dicatatkan setakat Khamis.

Daripada jumlah itu, ratusan kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan oleh kerajaan berkuatkuasa 18 Mac hingga 31 Mac, semua pihak mula mengambil langkah berjaga-jaga dengan berada di rumah dan menetapkan jarak sosial atau social distancing.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya stres, sepatutnya doakan ayah cepat sembuh” – Anak bilal positif Covid-19 selepas sertai program tabligh kesal maklumat sulit bapa tersebar

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya minta tolong untuk tempoh 2 minggu ini saja” – Tolonglah! PM rayu ‘stay at home’... jangan balik kampung

Seorang pemuda berkongsi pengalamannya mengenai social distancing, terutama dengan penampilannya yang berjanggut yang diandaikannya seperti segelintir peserta tabligh.

“Tadi kat lif ada satu keluarga tak nak masuk bila nampak aku kat dalam. Mungkin sebab ingat aku geng tabligh (janggut).

“Nak bayar kat kedai pun uncle tu suruh letak duit atas meja saja,” demikian perkongsian seorang pemuda yang dikenali sebagai Faisal Rahim di laman Twitter.

Susulan perkongsiannya, seorang netizen turut berkongsi pengalamannya semasa menjadi pemandu perkhidmatan e-hailing dalam mengambil langkah berjaga-jaga.

“Munasabahlah ketakutan tu, aku dulu bawa Grab. Orang batuk aku buka tingkap, dia punya serba salah sampai tahan batuk, terus batuk dalam perut dah aku dengar bunyi macam dengung idgham,” katanya.

Seorang pemuda melihat pengalamnnya dari sudut yang positif. Gambar sekadar hiasan/Foto Bernama

Bersetuju dengan pandangan tersebut, Faisal Rahim bagaimanapun awal-awal lagi dapat menjangkakan situasi yang telah dihadapinya itu.

“Memang dijangkakan pun. Lagipun masa tu pakai kopiah dan seluar singkat," katanya.

Malah, ada yang berpendapat keadaan tersebut bukan disebabkan dia kelihatan seperti ahli jemaah tabligh, tetapi satu amalan social distancing.

“Kat kedai runcit tu, dua pelanggan depan saya bayar macam biasa, sampai giliran saya dia buat macam tu. 

“Kat lif tu memang saya seorang dalam tu, mereka tak nak masuk... terasa saya,” katanya secara berseloroh.

Sebenarnya tak ada masalah pun. Semua jaga keselamatan dan kesihatan masing-masing. 

FAISAL

Melihat dari sudut yang positif, Faisal memahami keadaan tersebut berlaku kerana kebimbangan orang ramai terhadap penularan wabak Covid-19.

“Masa kes Covid-19 awal-awal dulu, kita pun ada rasa macam tu sebab risau berjangkit. Memang expected benda ni,” katanya.

Kelihatan garisan kuning pada jarak satu meter bagi setiap pelanggan ketika berada di kaunter bayaran sebagai salah satu langkah menangani penularan Covid-19. Foto Bernama 

Seorang lagi netizen berkongsi pandangan agar semua pihak bersangka baik dan bersabar dalam menghadapi situasi semasa yang melanda dunia akibat Covid-19. 

“Kalau kita bersangka balik, tak ada hal. Kalau kita ungkit, pasti ada isu. Walau bagaimanapun, I feel you brother. Sesungguhnya sabar itu separuh dari iman,” katanya.

Faisal mengulangi pendiriannya dengan menegaskan apa yang dialaminya itu tidak dilihat sebagai satu masalah, sebaliknya memahami keprihatinan masyarakat untuk mencegah jangkitan virus.

“Sebenarnya tak ada masalah pun. Semua jaga keselamatan dan kesihatan masing-masing. Cuma rasa lucu sikitlah sebab jarang kena macam tu,” katanya.

Artikel Berkaitan

Artikel Lain