Rumah dianggap sebagai aset utama kerana nilainya cenderung meningkat dalam jangka masa panjang. -Gambar hiasan AI
PANDANGAN seorang lelaki dipercayai seorang ejen hartanah yang membandingkan nilai hartanah di Kuala Lumpur dan Kelantan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.Menerusi perkongsian itu, dia yang dipercayai berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang menyentuh tentang kebanggaan sesetengah individu untuk memiliki kediaman jenis apartmen di ibu kota bersaiz kecil berhampiran pusat beli popular dengan nilai tinggi. Menurutnya, dengan nilai yang sama ia boleh dimanfaatkan secara berbeza sekiranya dibelanjakan untuk membina kediaman di Kelantan.Banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum membuat keputusan membeli rumah. -Gambar hiasan"Orang KL bangga beli apartmen 900 kaki persegi depan Pavilion dengan harga RM1.3 juta. Katanya lima minit je jalan kaki, dekat segalanya."Bagi aku, dengan nilai RM1.3 juta di Kelantan, boleh buat vila 3,000 kaki persegi atas tanah 8,000 kaki persegi, lima bilik, design arkitek siap kolam."Anak boleh berlari, parkir tak gaduh (berebut), privasi pun ada. Pavilion bukan pergi hari-hari. Tapi rumah, kita duduk setiap hari," tulis lelaki itu dalam hantaran di Threads.Bagaimanapun dia menegaskan, perkongsian itu bukan untuk menentukan siapa betul atau salah, sebaliknya sekadar pandangan berdasarkan keutamaan masing-masing.ARTIKEL BERKAITAN: Nak beli rumah bukan sekadar cukup deposit, pembeli juga kena sedia tanggung 5 kos iniARTIKEL BERKAITAN: Menyewa atau beli rumah sendiri, mana lebih praktikal? Ini perkara anda patut tahu sebelum menyesal seumur hidupMalah, dia turut menjelaskan hantaran tersebut ditujukan kepada golongan yang berhasrat untuk membeli rumah pertama.Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil dengan pandangan masing-masing termasuklah mengutarakan pendapat berbeza dan sinis."Betul juga, bijak idea ni. Saya buat vila di Kelantan lagi selesa. Pergi kerja ulang alik Kelantan-KL hari-hari pun tak apa."Pilihan masing-masing, jadi biar la orang tu bangga dengan pilihan dia. Nak bandingkan Pavilion dengan Kelantan jauh beza sangat tu.Lelaki banding apartmen RM1.3 juta di KL dengan villa luas di Kelantan.Katanya, bajet sama boleh dapat rumah 3,000 kaki persegi siap kolam.Dia anggap lokasi dekat pusat beli-belah bukan keutamaan.Netizen berbeza pandangan, ada sokong, ada pertikai.Anak jati Kelantan sifatkan perbandingan kurang relevan untuk pembeli rumah pertama.Ringkasan ini dijana oleh AI"Buat rumah besar-besar pun kalau anak cucu merantau. Jenuh juga nak maintain. Lain la memang meniaga, menetap dekat sana dan keluarga besar," komen beberapa netizen.Menariknya, seorang individu yang mendakwa berasal dari Kelantan turut memberikan pandangan bercanggah dengan apa dikongsikan lelaki ini."Sebagai orang Kelantan sendiri, saya rasa perbandingan awak ni tak masuk akal langsung. Kalau awak bekerja dekat KL atau Selangor kenapa nak bina vila 3,000 kaki persegi dekat Kelantan?" demikian menurut individu berkenaan.