suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Luluh hati tengok Myvi dah jadi rangka... Semuanya angkara kaki mercun, pemilik jumpa bukti tepi kereta

Sisa mercun yang ditemui berhampiran kereta yang terbakar.

SEBUAH kereta jenis Perodua Myvi musnah terbakar dipercayai berpunca daripada mercun yang dibuang berhampiran kenderaan berkenaan dalam kejadian di Segambut, Kuala Lumpur.

Menerusi perkongsian di TikTok pada Rabu [Tonton Video] pemilik kenderaan @_cake23 mendakwa sebelum kejadian, beberapa individu bermain mercun sekitar 11.40 malam sehingga lewat malam di kawasan berhampiran rumahnya.

Menurutnya, kira-kira pukul 5 pagi, berlaku kebakaran dengan jiran cuba mengejutkan mereka sekeluarga.

“Tiba-tiba pintu rumah digegar kuat. Bila kami semua turun, jiran beritahu kereta Myvi kami terbakar di sana.

"Sebelum tu jiran dah cuba padam dengan menyiram air sebelum api merebak hingga keseluruh kereta,” katanya.

Tambahnya, pasukan bomba tiba sekitar pukul 5.30 pagi, namun kereta berkenaan tidak dapat diselamatkan.

"Anda boleh tengok ada beg plastik, juga kotak mercun mereka main dan buang tepi kereta. 

"Ini bahan bukti kereta kami terbakar sebab ada sampah mercun yang mereka buang," katanya.

Dia menasihatkan orang ramai supaya lebih bertanggungjawab ketika bermain mercun, terutama di kawasan perumahan.

Common sense itu paling penting dalam hidup berjiran. Nak main boleh, tapi buanglah elok-elok,” ujarnya.

Artikel Lain