Covid-19 terus menular, pemilik rumah tersentuh hati baca mesej jujur penyewa sebelum bagi tawaran tak disangka-sangka! - Viral | mStar

Covid-19 terus menular, pemilik rumah tersentuh hati baca mesej jujur penyewa sebelum bagi tawaran tak disangka-sangka!

Posting perbualan antara penyewa bilik dan pemilik rumah itu menjadi tular di Facebook. -Gambar Hiasan iBilik

PERINTAH Kawalan Pergerakan yang diperkenalkan Isnin lalu memaksa ramai individu untuk bekerja dari rumah sehingga 31 Mac ini demi mengekang penularan wabak Covid-19.

Namun, ada juga yang bernasib malang apabila tidak dibayar gaji sepanjang tempoh itu, tak kurang juga yang terkesan akibat penutupan sementara syarikat mereka.

Tular di Facebook paparan WhatsApp seorang lelaki yang memohon penangguhan bayaran sewa bilik memandangkan syarikat tempat dia bekerja berhenti beroperasi sepanjang tempoh perintah berkenaan sekali gus menjejaskan mata pencariannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah disewakan kepada pasangan warga emas jadi tong sampah, tapi pemiliknya cukup tabah, “OK lagilah dia lari...”

ARTIKEL BERKAITAN: Penyewa pengotor teruk! Tuala wanita dibuang atas lantai, “Dia seorang perempuan yang luarnya mekap lawa, wangi dan bergaya”

"Salam Tuan Zarul saya minta maaf sangat-sangat dan meminta jasa baik Tuan Zarul untuk penangguhan pembayaran sewa bilik pada hujung bulan Mac 2020 ini.

"Ini disebabkan company saya kerja tutup 18 Mac sehingga 31 Mac 2020, jadi saya hilang punca mata pencarian keluarga saya tuan," tulis lelaki itu.

Dia berjanji untuk berikhtiar dan mencari jalan demi melunaskan bayaran berkenaan secepat mungkin.

Antara komen netizen di Facebook.

Memahami saat getir dihadapi pemuda itu serta seluruh rakyat Malaysia yang lain, pemilik rumah berkenaan yang dikenali sebagai Tuan Zarul turut memberi kelonggaran kepadanya.

"It's OK tuan, janji tuan dah berusaha serta dah maklumkan saya pasal masalah tuan awal-awal.

"Dan bulan ni tuan bayar ikut mana tuan mampu je seikhlas hati tuan. RM10 pun saya terima.

Syarikat tempat pemuda itu bekerja berhenti beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac ini.

"Semoga Allah permudahkan urusan tuan untuk menanggung keluarga mak ayah di kampung.

"Doakan supaya Allah permudahkan juga urusan saya ya, InsyaAllah saya senang semua orang sekeliling saya juga saya akan pastikan mereka senang," tulis Zarul membalas WhatsApp pemuda itu.

Posting yang dikongsi di grup Facebook Rumah/Bilik Sewa Kuala Lumpur Dan Selangor itu sehingga kini menerima hampir 1,000 tanda suka.

Dan bulan ni tuan bayar ikut mana tuan mampu je seikhlas hati tuan. RM10 pun saya terima.

TUAN ZARUL

PEMILIK RUMAH

Malah, ramai pelayar Facebook turut memberi komen pujian kepada pemilik rumah berkenaan atas keprihatinannya.

"Alhamdulillah. Nasib baik tuan rumah baik hati. Kalau tuan rumah saya dulu. Nauzubillah.

"Alhamdulillah kalau dapat tuan rumah yang memahami ni, kira besyukurlah.

Paparan skrin yang tular di Facebook.

"Alhamdulillah semoga melimpah ruah rezeki tuan rumah ni.

"Amin. Kita permudahkan urusan orang, Tuhan balas lebih dari tu," tulis beberapa netizen.

Tuan Zarul , sewa bilik , Covid-19

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain