suria

“Saya terkejut sampai menggeletar” - Speechless Ali Gatie komen petikan gitar, siap hantar mesej.... netizen harap bro ni OK!

Video cover Anwar yang menarik perhatian penyanyi asalnya, Ali Gatie.

MULA bermain gitar sejak berusia lima tahun, bakat yang dimiliki jejaka ini cukup menarik perhatian ramai.

Aksi bersahajanya ketika memetik gitar turut membolehkan dia mengumpul peminat tersendiri di Malaysia serta Indonesia.

Terbaharu, rakaman Mohamed Anwar Amzah yang membuat cover gitar secara Fingerstyle lagu It's You mendapat perhatian penyanyi asalnya dari Amerika Syarikat, Alie Gatie.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru nyanyi satu baris, terus kena petir, satu rumah blackout! Bro ni gelakkan diri sendiri, “Saya akui suara tak sedap, tapi...”

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai yang ‘gila’, ada ulang dengar sampai 100 kali! ‘Bro suara radio’ tak mahu hanya jadi penghibur di beranda

Selain meninggalkan komen di Youtube, Ali Gatie turut berkongsi video milik anak kelahiran Johor itu menerusi akaun Twitter dan Instagramnya.

Bercakap kepada mStar, jejaka yang mesra disapa Anwar itu mengakui masih lagi terkejut dengan respon yang diterimanya pada Isnin malam.

"Sebenarnya saya dah upload dari hujung bulan lepas lagi. Tiba-tiba baru sekarang start jadi viral.

Selain Twitter (kanan), Ali Gatie turut berkongsi video Anwar di Instagram (kiri).

"Mula-mula dia dah komen kat Youtube saya. Kemudian dia kongsi di Twitter dan turut hantar mesej, dia minta saya hantarkan video tu.

"Selepas itu dia post pula di Instagram. Saya sampai tak tahu nak cakap macam mana," ujarnya sewaktu dihubungi pada Selasa.

Masa tu saya tengah on PUBG, masuk notification. Saya terkejut sampai menggeletar.

ANWAR AMZAH

Menurut jejaka berusia 22 tahun ini, dia juga seolah-olah tidak percaya apabila bakatnya disedari oleh penyanyi asal lagu berkenaan.

Kata Anwar, dia pada waktu itu yang sedang bermain telefon bimbit cukup terkejut apabila menerima notifikasi berhubung respon Ali Gatie.

"Masa tu saya tengah on PUBG, masuk notification. Saya terkejut sampai menggeletar," jelasnya lagi.

Anwar mula bermain gitar sejak berusia lima tahun.

Bercerita mengenai dirinya, Anwar berkata, dia mula bermain gitar seawal usia lima tahun dan mula serius apabila menginjak ke usia 12 tahun.

Kini, dia bekerja sebagai pemuzik dan berulang alik dari Johor ke Kuala Lumpur sekiranya mempunyai tawaran kerja.

Antara video cover Anwar di Instagram.

"Selain saya, adik beradik lelaki saya dalam enam orang pun semua boleh main gitar. Dua kakak saya, seorang boleh nyanyi.

"Komen-komen yang saya terima, ramai juga yang minta saya nyanyi. Tapi saya fokus pada main gitar, sebab suara saya biasa-biasa sahaja," ujar anak bongsu itu yang meminati AG Coco dan Alex Turner dari band Arctic Monkeys.

Dalam pada itu, video berkenaan sehingga kini sudah menerima lebih 200,000 tontonan di Twitter.

Menerusi posting Ali Gatie dengan kapsyen 'I love you Malaysia' sambil berkongsi video milik Anwar, ramai netizen turut memberi komen termasuklah berjenaka agar dia hadir ke negara ini.

Ali Gatie, penyanyi antarabangsa yang kini sedang popular dengan lagu It's You.

"Sekarang musim durian Ali, meh datang Malaysia makan durian," tulis @haappier.

"Love,l ove jugak datang la Malaysia wahai Ali. Jangan letak harga ticket mencekik sudah. Sayang Ali," tulis @_qwertyyy.

"Wehhhh Ali Gatie reply siaaaaaa bro i hope u okay," tulis seorang lagi netizen.

Untuk rekod, lagu It's You dendangan Ali Gatie tersenarai sebagai 20 lagu domestik dan antarabangsa yang paling banyak menerima penstriman di Malaysia, berdasarkan carta minggu ke-25 (14 Jun-20 Jun 2019) oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).

Video asal lagu itu pula sudah menerima 17 juta tontonan di Youtube sejak dimuat naik sebulan lalu.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain