suria

Bukan sahaja naik kereta, minuman kegemaran lembu ini pun pelik... tersalah pakai baju tuannya kena kejar!

Kisah lembu milik Hisham dibawa naik kereta tular di media sosial.

ATAS dasar minat yang mendalam terhadap haiwan, ramai yang menceburi bidang penternakan.

Baru-baru ini tular gambar seekor anak lembu menaiki kereta milik Muhammad Hishamuddin yang merupakan usahawan ternakan selepas kisahnya itu dimuat naik oleh salah seorang pengguna Twitter.

Muhammad Hishamuddin atau mesra dipanggil Hisham ketika dihubungi mStar berkata dia mula menceburi bidang penternakan pada April 2018.

"Sejak kecil lagi saya dah minat dengan haiwan dan daripada minat itulah, keluarga menyokong saya untuk membuat bisnes ternakan lembu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pensyarah minta maaf, terpaksa dukung ‘kucing mamai’ sambil mengajar

ARTIKEL BERKAITAN: Kejam! Lembu bunting disembelih, perut dan karung anak ditinggalkan di kandang, “Syaitan dah dirantai, siapa sebenarnya hok jahat?”

"Berkenaan gambar anak lembu naik kereta saya baru-baru ini, sebenarnya dia terlepas dari kandang masuk ladang orang lain dan saya pun terus angkatnya bawa masuk kereta.

“Tetapi sebelum masuk kereta, saya dah ikatnya supaya tidak lari dan mudah duduk diam sebab anak lembu susah nak ditangkap kalau terlepas.

“Walaupun kali pertama naik kereta, lebih kurang dalam 10 hingga 15 minit jugalah lembu tu duduk diam, selepas tu adalah juga cubaan untuk berdiri sekejap tetapi tak membahayakan saya pun sebab dah diikat,” ujarnya yang berasal dari Segamat, Johor.

Sejak melakukan penternakan pada April 2018, lembunya kini berjumlah 30 ekor dan seterusnya Hisham merancang untuk menternak kambing pada awal bulan hadapan.

Keluarga Hisham juga turut menyokong minatnya terhadap haiwan dengan memberi peluang kepadanya menguruskan perniagaan melibatkan haiwan ternakan.

Hisham bersama anak saudaranya meluangkan masa melihat lembu-lembunya di ladang.

Menceritakan pengalamannya menjaga lembu ternakan, pemuda berusia 21 tahun ini memberitahu haiwan ternakannya itu gemar minum air garam bercampur gula merah.

“Ramai yang pelik bila tahu lembu-lembu saya suka minum air garam campur gula merah sebab selain rumput, air garam pun dia suka juga.

“Dan setiap hari, bila saya nak masuk ladang mesti lembu-lembu tu akan ikut ke mana saya pergi sebab dah cam baju yang saya selalu pakai… kalau saya pakai baju lain, confirm lembu akan kejar saya," katanya yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik.

Hisham berminat dengan haiwan sejak di bangku sekolah lagi.

Tambah Hisham, setiap lembu yang dijaga mempunyai nama-nama unik seperti Stokin, Sepet dan Albino.

Hisham sentiasa mengawasi haiwan ternakannya selama dua jam pada setiap pagi, petang dan malam.

Dalam pada itu, Hisham terkejut selepas mendapat tahu posting yang dimuat naik di laman Twitter milik kakaknya, Nurhaiza Harun menjadi tular baru-baru ini.

Rata-rata netizen memberi pelbagai reaksi menerusi posting berkenaan sehingga meraih lebih 6,439 ulang kicau dan 4,506 tanda suka sejak 11 Julai lalu.

“Hahahaha, lembu itu dah jadi family korang dah, tahniah,” komen salah seorang netizen @INASKhai.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
anak lembu, naik kereta, rare

Artikel Lain