Pensyarah minta maaf, terpaksa dukung ‘kucing mamai’ sambil mengajar - Viral | mStar

Pensyarah minta maaf, terpaksa dukung ‘kucing mamai’ sambil mengajar

Keletah Madam Rohaiza bersama kucingnya menarik perhatian netizen.

KELETAH seorang pensyarah wanita mengajar sambil mendukung seekor kucing berjaya mencuit hati netizen.

Rata-rata kagum dengan kasih sayang yang ditunjukkan pensyarah tersebut bersama kucing kesayangannya yang dikenali sebagai 'Baby'.

Video pensyarah tersebut mengajar di dalam kelas ditemani 'Baby' tular di Twitter selepas momen itu dikongsi salah seorang pelajarnya, Ku Ummi Syakirah.

Sejak dimuatnaik pada petang Khamis, posting tersebut diulang kicau lebih 23,000 kali dan mendapat 19,314 tanda suka.

Ku Ummi ketika dihubungi mStar Online berkata, dia dan rakan sekelasnya terkejut dengan kehadiran 'Baby' ke kelas bersama pensyarah mereka yang dikenali sebagai Madam Rohaiza.

Kucing tersebut berkelakuan baik sepanjang tuannya mengajar.

"Kami semua terkejut. Dia masuk kelas kendong kucing itu macam bawa budak. Dia juga layan kucing tu macam anak sendiri.

"Ini memang rare sebab kami tak pernah lalui pengalaman sebegini. Ini kali pertama pensyarah mengajar kami dengan ditemani kucing," katanya.

Menurut penuntut Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Sistem Maklumat di sebuah universiti awam di utara tanah air itu, pensyarah tersebut meminta maaf kepada pelajarnya kerana terpaksa mengajar sambil ditemani kucing peliharaannya itu.

"Sebaik sahaja sampai di kelas, Madam banyak kali minta maaf. Dia beritahu terpaksa bawa sekali 'Baby' sebab mereka baru sahaja pulang dari klinik veterinar.

"Dia beritahu kucingnya itu baharu sahaja dibius kerana jangkitan ulser. Kami dapat lihat kucing tu macam tengah mamai ketika diletakkan di atas meja," katanya.

Ku Ummi berkata sepanjang kelas tersebut kucing berkenaan berkelakuan baik seolah-olah tahu tuannya sedang mengajar.

"Sepanjang masa kucing tu duduk atas bahu Madam. Sebaik sahaja diletak di atas meja, kucing tu tak banyak ragam... behave je.

'Baby' dalam keadaan mamai kerana baharu sahaja dibius kerana jangkitan ulser.

"Kami semua kagum sebenarnya kerana Madam boleh handle dua perkara dalam satu masa. Dia boleh mengajar dan beri tumpuan kepada kucingnya," kata gadis berusia 20 tahun itu.

Bagaimanapun sepanjang kelas subjek Statistik itu, Ku Ummi mengakui dia dan rakannya tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya di dalam kelas.

"Kucing tu comel sangat. Mata kami pun lali tengok. Boleh kata semua hilang fokus sebab lebih tertarik dengan kucing gebu tersebut," katanya.

Gadis berasal dari Kedah itu memberitahu dia tidak menduga video yang dimuatnaiknya itu akan mendapat perhatian netizen.

"Saya muat naik sekadar untuk suka-suka. Tak sangka langsung tweet tu akan blow up.

"Rasanya ramai yang retweet tu peminat kucing ditambah pula dengan keadaan kucing itu yang comel dan besar," katanya.

kucing , pensyarah

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain