suria

Baru nyanyi satu baris, terus kena petir, satu rumah blackout! Bro ni gelakkan diri sendiri, “Saya akui suara tak sedap, tapi...”

Paparan skrin rakaman tular melibatkan Fikri Nordin di laman Twitter.

MUNGKIN patut cari hobi lain, begitulah reaksi beberapa netizen berhubung penularan video nyanyian seorang jejaka di laman Twitter.

Menerusi rakaman berdurasi sembilan saat itu, Fikri Nordin sedang menyanyikan lagu Fall For You dendangan asal Secondhand Serenade sambil bermain keyboard di dalam sebuah bilik.

Malangnya, nyanyian jejaka berusia 21 tahun itu terhenti secara mengejut kerana dentuman bunyi guruh yang menyebabkan bekalan elektrik di kediamannya terputus.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai yang ‘gila’, ada ulang dengar sampai 100 kali! ‘Bro suara radio’ tak mahu hanya jadi penghibur di beranda

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sia-sia buat 'show' atas katil sampai terpejam mata, netizen 'cair'... “meremang bulu roma oii

Ia pantas menjadi jenaka media sosial selepas dikongsi dan sehingga kini menerima lebih 36,000 ulang kicau (Retweet).

Bercakap kepada mStar, dia yang mesra disapa Fikri mengakui turut terhibur apabila menyaksikan semula rakaman berkenaan yang berlaku pada Sabtu lalu.

Fikri mengakui dia sendiri terhibur menonton semula rakaman berkenaan.

"Masa tu baru balik kerja. Nak keluar tak boleh sebab tengah hujan.

"Tak ada apa-apa nak buat, jadi saya rakam video menyanyi sambil main keyboard.

"Sebenarnya dah rekod banyak kali. Yang blackout tu kali ketiga dan saya nyanyi. Terpaksalah saya pergi hidupkan balik elektrik kat rumah saya tu.

"Kat rumah masa tu ada adik saya seorang je. Saya tengok balik video tu pun saya tergelak. Baru nyanyi satu baris terus kena petir," ujarnya berseloroh sewaktu dihubungi.

Ada yang cakap suara tak sedap, sebab tu kena petir. Macam-macam lagi komen di Twitter.

FIKRI NORDIN

Menurut Fikri lagi, dia juga tidak kisah seandainya rakaman berkenaan menjadi bahan gelak ketawa netizen.

Ujarnya, dia sekadar berkongsi rakaman itu secara suka-suka dan sama sekali tidak menyangka ia akan menerima reaksi luar biasa.

Selain gitar, Fikri juga boleh bermain keyboard dan ukulele.

"Ada yang cakap suara tak sedap, sebab tu kena petir. Macam-macam lagi komen di Twitter.

"Saya tak kisah. Saya pelajar muzik dan boleh main beberapa jenis instrumen, tapi saya bukan penyanyi.

"Saya akui suara tak sedap, tapi saya boleh main keyboard, gitar, bass dan ukulele. Dulu pernah ikuti pengajian muzik," katanya lagi.

Dalam pada itu, segelintir netizen turut berjenaka dan memberi cadangan agar Fikri berhenti menyanyi untuk mengelakkan kejadian seumpamanya pada masa akan datang.

Koleksi instrumen muzik milik Fikri.

"Orang lain nyanyi terus hujan je. Dia terus petir terus blackout," tulis @hiyuni.

"Maybe dah ditakdirkan untuk tak menyanyi," tulis @nnrladlaa.

"I think you dah tak boleh nyanyi dah you kena cari bakat yang lain pula," tulis seorang lagi netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Fikri Nordin, penyanyi, petir, blackout

Artikel Lain