SUKAR mendapat pekerjaan apabila usia semakin meningkat sering menjadi keluhan mereka yang mahu kembali mencari rezeki.Namun, pengalaman dan kemahiran yang dibina selama bertahun-tahun boleh membuatkan seseorang calon terus menjadi pilihan majikan, malah ada yang menjadi rebutan meskipun sudah berusia lebih 50 tahun. Situasi itu dikongsikan seorang pengguna Threads mengenai calon berusia 52 tahun yang menarik perhatiannya selepas berjaya menjawab semua soalan teknikal dengan tepat ketika sesi temu duga.Ramai yang mencari pekerjaan baharu di usia lewat 40-an. -Gambar hiasan AICeritanya, calon berkenaan sebelum ini berkhidmat di tempat sama sehingga kilang tersebut ditutup pada tahun lalu."Calon tu umur 52 tahun, kerja kilang selama 24 tahun di tempat sama. Kilang itu tutup tahun lepas, dia jawab semua soalan teknikal dan tak silap satu pun," kongsinya.Bagaimanapun, selepas sesi temu duga berakhir, ketuanya mempersoalkan tempoh calon berkenaan boleh berkhidmat sekiranya diambil bekerja."Dia nak kerja berapa lama lagi? Tiga tahun kemudian pencen, kita kena latih juga," demikian kata ketuanya memandangkan usia calon terbabit yang melepasi 50 tahun.Calon berusia 52 tahun menarik perhatian penemu duga apabila menjawab semua soalan teknikal dengan tepat, berbekalkan pengalaman kerja selama 24 tahun.Ketuanya pada awalnya mempersoalkan tempoh calon itu boleh berkhidmat kerana faktor usia.Penemu duga menyokong pengambilannya dengan menyenaraikan pengalaman, rekod tidak pernah lewat dan cuti sakit hanya empat hari setahun.Ketua akhirnya memberi persetujuan untuk meneruskan pengambilan calon tersebut.Seorang lagi pengguna berkongsi kisah calon berusia 61 tahun menjadi rebutan tiga syarikat kerana kemahiran teknikal dan keperibadian cemerlang.Ringkasan ini dijana oleh AINamun, persoalan itu membuatkan pengadu teringat akan ibunya yang bekerja sehingga usia 58 tahun.Menurutnya, kerajinan ibunya ketika itu mengatasi pekerja muda yang pernah mengisi jawatan berkenaan.Enggan pengalaman hebat calon tersebut dipandang sepi, pengadu mengambil inisiatif menyenaraikan beberapa kelebihan calon itu dalam borang syor pengambilan pekerja.Antaranya ialah pengalaman selama 24 tahun, rekod tidak pernah lewat serta cuti sakit hanya empat hari setahun berdasarkan rekod pekerjaan terdahulu.Usahanya mendapat respons positif apabila ketuanya menghantar e-mel pada malam itu dengan jawapan ringkas, "okey, teruskan."ARTIKEL BERKAITAN: Calon umur 40-an gagal dapat kerja walau dipuji masa 'interview'... HR anggap dah tua, risau ada penyakitARTIKEL BERKAITAN: Pengalaman bertahun-tahun pun tak laku! Wanita persoal kriteria majikan pilih staf, pandang bakat atau umurPerkongsian berkenaan turut mendapat perhatian seorang lagi pengguna Threads yang menceritakan situasi hampir sama dalam sektor minyak dan gas.Menurut wanita ini, pihaknya pernah memperjuangkan pengambilan seorang calon berusia 61 tahun kerana memiliki kemahiran teknikal yang tinggi.Malah, dakwanya, calon itu menjadi rebutan tiga syarikat terkemuka."Kami perjuangkan calon berusia 61 tahun ini. Kemahiran teknikal dia tahap mahaguru. Tiga syarikat berebut nak ambil dia. Ketika itulah saya sedar, seseorang yang mempunyai kemahiran teknikal dan keperibadian cemerlang, usia hanyalah angka," tulisnya.