SEMUA sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Putrajaya akan ditutup pada Selasa susulan situasi jerebu semasa.Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek memaklumkan penutupan itu turut membabitkan sekolah di beberapa daerah di Selangor dan Pahang. Di Selangor, sekolah yang terlibat ialah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat, Petaling Perdana, Kuala Langat dan Sepang.Sementara di Pahang, penutupan melibatkan sekolah di bawah PPD Kuantan dan Rompin.Bagaimanapun, sekolah di Kuala Lumpur, Labuan, Kedah, Kelantan, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Sabah dan Sarawak beroperasi seperti biasa."Operasi sekolah di daerah lain di Selangor dan Pahang yang tidak terlibat dengan penutupan juga diteruskan seperti biasa."Bagi sekolah yang beroperasi, pihak pengurusan diminta memastikan aktiviti luar dipantau berdasarkan keadaan kualiti udara semasa," katanya menerusi perkongsian di Facebook.Ibu bapa, murid dan warga sekolah turut dinasihatkan memakai pelitup muka yang bersesuaian ketika berada di luar, khususnya di kawasan yang terjejas akibat jerebu.Semua pihak juga diminta mengikuti makluman rasmi daripada pihak sekolah, PPD dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing bagi mendapatkan perkembangan terkini.