suria

Pelanggan keliru, beli ayam tapi nampak macam tikus penyet... ada ekor panjang, kenyal-kenyal gitu!

Video yang dikongsi pelanggan itu meraih perhatian ramai netizen.

"AKU tengok terus mual nak muntah."

Demikian komen seorang netizen berhubung video tular memaparkan haiwan seperti tikus yang ditemui dalam satu hidangan ayam penyet.

Video yang dikongsi oleh seorang pelanggan menunjukkan lauk itu dihidangkan bersama nasi putih, salad dan sambal dalam satu bungkusan polisterin putih.

"Pentingnya teliti sebelum makan," tulis pemilik Instagram undercover.id yang berkongsi semula video (repost) berkenaan daripada sumber asalnya.

Dalam video itu, pelanggan tersebut dilihat sedang membelek-belek lauk yang dibeli kerana bentuknya yang pelik, jauh berbeza dengan bentuk biasa ketulan daging ayam.

Lebih jijik, kelihatan satu bahagian berbentuk panjang yang berwarna gelap, dipercayai ekor tikus yang sedang disentuh pelanggan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Selera eksotik! Makcik bertudung, atuk pakai kopiah jual sate ular... Ramai pesan jangan suka-suka cuba makanan tepi jalan

ARTIKEL BERKAITAN: Ayam goreng dilonggok tepi dapur, lenyek kentang dalam periuk atas lantai... apa kata pemilik video ini?

"Kalau itu betul-betul tikus, aku mesti dah jijik nak pegang.

"Aku juga pernah jumpa macam ni dalam bakso, tapi tak panjang macam ni.

"Kenapa tak potong ekornya?

ayam1

Tangkap layar video yang tular di media sosial.

"Tak mungkin bahagian tubuh ayam.

"Apakah lebih murah harganya?

"Tikus geprek," tulis beberapa netizen.

Untuk rekod, ia bukanlah kejadian pertama seumpamanya yang dilaporkan berlaku di Indonesia.

selera 1

Laporan mengenai selera eksotik yang diterbitkan mStar pada Jun lalu.

Pada 17 Jun lalu, mStar turut melaporkan berita mengenai selera eksotik yang mana peniaga bertudung dan berkopiah di negara itu menggunakan daging ular dalam hidangan sate.

Menerusi video tular yang dikongsi, kelihatan peniaga berkenaan mengeluarkan ular tedung dari sangkar sebelum menyiang dan memotong daging reptilia itu untuk dijadikan sate.

Dalam perkongsian video berlainan, kelihatan seorang peniaga lelaki berkopiah menyajikan hidangan sate ular dan biawak.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain