suria

Ayam goreng dilonggok tepi dapur, lenyek kentang dalam periuk atas lantai... apa kata pemilik video ini?

Paparan skrin video tular yang memaparkan penyediaan makanan di kedai tersebut.

KEBERSIHAN sesebuah restoran menjadi antara faktor penarik untuk memikat hati pelanggan.

Terbaharu, tular beberapa video disebarkan netizen yang memaparkan kaedah penyediaan makanan di sebuah restoran, dipercayai di Kampung Baru, Kuala Lumpur yang dianggap menjijikkan.

Difahamkan, video tersebut dikongsi ke platform TikTok oleh pekerja kedai tersebut, namun ia sudah dipadam selepas menerima kecaman ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: “Masing-masing tak ada hidung ke?” - Pelanggan malas turun, rider terpaksa redah sampah di flat demi tanggungjawab... ada samakan macam kandang!

ARTIKEL BERKAITAN: “Biar kerja kotor janji rezeki tu bersih” - Pekerja makan tepi jalan buat ramai insaf

Netizen bagaimanapun bertindak pantas memuat naik semula rakaman tersebut ke platform Twitter dan Facebok, sejak Selasa malam.

Menerusi salah satu rakaman tular, kelihatan seorang pekerja mencedok air dari sebuah baldi sebelum ia disimbah ke dalam kuali berisi minyak panas.

Dalam video sama, kelihatan longgokan ayam goreng, dipercayai disediakan untuk hidangan chicken chop dibiarkan terdedah di dapur.

Satu lagi rakaman menunjukkan pekerja lelaki menggunakan botol untuk melenyek kentang (mashed potato) di dalam periuk yang diletakkan di atas lantai.

kedai2

Lelaki tersebut turut memuat naik satu video penjelasan pada awal pagi Rabu.

Semakan mStar mendapati rata-rata netizen mengecam kaedah penyediaan makanan serta faktor kebersihan yang kurang dititik beratkan di kedai berkenaan.

"Orang tak kisah sangat pasal minyak tu tapi orang persoalkan pasal ayam yang dah siap goreng tu, kenapa nak kena letak kat tepi dapur macam tu je?

Tolong jangan salah faham dulu, tak mungkin kita nak guna minyak bekas tu untuk goreng lagi.

ROZIARBA877

PEMILIK VIDEO TULAR

"Pasal air tu tak jadi masalah sangat. Tapi bab tengok ayam bersusun tak letak dalam bekas yang sepatutnya tu. Benda nak bagi orang makan oi.

"Ayam tidak letak dalam bekas, lenyek kentang pakai botol, prepare makanan tangan kosong, ketuk ais kat lantai pakai senduk.

"Terlajak perahu boleh diundur, terlajak upload faham-fahamlah ya," tulis beberapa netizen di TikTok pekerja berkenaan.

Dalam perkembangan terbaharu, pemilik asal video yang menggunakan nama Roziarba877 tampil memberi penjelasan dan membuat permohonan maaf menerusi akaun TikTok miliknya.

kedai3

Antara komen netizen di laman TikTok.

"Saya mahu klarifikasi dan memohon maaf video yang saya unggah (muat naik) tu. Saya memasukkan air ke dalam minyak. Minyak itu sudah kotor. Video itu sebelum penukaran minyak baru.

"Tolong jangan salah faham, tak mungkin kita nak guna minyak bekas tu untuk goreng lagi. Mohon pengertian.

"Sekali lagi saya mohon maaf dan jangan salah faham," tulis pekerja yang dipercayai bukan warga Malaysia itu.

Video permohonan maaf yang dimuat naik awal pagi Rabu itu sehingga kini meraih lebih 46,000 tontonan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain