“Biar kerja kotor janji rezeki tu bersih” - Pekerja makan tepi jalan buat ramai insaf - Viral | mStar

“Biar kerja kotor janji rezeki tu bersih” - Pekerja makan tepi jalan buat ramai insaf

Netizen mengakui sayu tatkala menonton video pekerja lelaki itu sedang makan di tepi jalan.

SUMPAH sedih tengok dia makan macam ni, demikian kata seorang pelayar Twitter yang berkongsi satu video seorang pekerja lelaki sedang mengalas perut di tepi jalan.

Video yang disifatkan netizen sebagai cukup menginsafkan itu sehingga kini menerima 250,000 tontonan dan dikongsi lebih 11,400 pelayar Twitter.

"Ya Allah, sumpah sedih tengok dia makan macam ni. Tolong la hargai jasa orang yang cari rezeki untuk kita. Bukan senang nak senang. Bukan susah nak susah. Tak semua laki tak guna," tulis individu berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu mewah, kehidupan 3 anak bekas staf pelantar minyak kini daif kerana satu sebab, “Adik pernah tanya kenapa kita dah tak kaya?”

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu dan bayi sakit, bapa pula dibuang kerja... pilu nasib 5 beranak

Video berdurasi 19 saat itu menunjukkan pekerja lelaki yang berseragam dan memakai topi keselamatan kuning sedang bercangkung di sisi penghadang jalan sambil menikmati makanan.

Video itu yang dimuat naik Khamis lalu turut dihujani dengan pelbagai komen daripada netizen.

Aku pernah dalam keadaan macam ni kerja teruk tepi jalan makan pun kat tepi longkang tapi inilah kemanisan pengalaman hidup biar kerja kotor janji rezeki tu bersih.

NETIZEN

Rata-rata mereka menzahirkan rasa simpati dan turut berkongsi kisah keperitan masing-masing.

"Cari rezeki halal untuk keluarga, untuk yang bakal berkahwin dan sebagainya. Bukan perkara mudah. Tak semua lelaki sampah.

"Aku intern dulu pernah je makan sekali dengan pekerja Bangladesh kat kaki lima lot kedai, tepi jalan raya. Kalau kerja sampai dua, tiga pagi aku tidur je atas jalan raya.

Paparan skrin perkongsian tular berkenaan.

"Betul, jangan cuma pandang yang jenis men are trash je, tapi di sebaliknya masih ramai lelaki yang terbaik, cuma kena pandai cari dan pilih yang betul sayang kita kerana Allah . InsyaAllah dipermudahkan segala urusan. Ayam golek pun tak datang bergolek , usaha walau pedih berjalan.

"Aku pernah dalam keadaan macam ni kerja teruk tepi jalan makan pun kat tepi longkang tapi inilah kemanisan pengalaman hidup biar kerja kotor janji rezeki tu bersih," kongsi beberapa netizen.

"Nampak je makan dekat atas jalan tapi poket tebal tu. Brader tu malas nak keluar dari site je. Haha."

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi serta waktu sebenar video tersebut dirakam.

makan tepi jalan , rezeki , pekerja

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain