suria

Peminat misteri dalam Tinder buat permintaan menakutkan tapi tak pelik, “Dia rasa nak kerat saya, suka sangat bau mayat”

Paparan skrin perbualan dalam aplikasi Tinder yang tular.

KEWUJUDAN pelbagai aplikasi cari jodoh menjadi alternatif baharu buat mereka di luar sana untuk mencari pasangan.

Antara yang popular, tentunya aplikasi Tinder. Malah, sudah beberapa kali tular kisah pasangan yang bertemu jodoh menerusi platform itu.

Terbaharu, perkongsian seorang jejaka mengenai individu yang berkenalan dengannya menerusi aplikasi Tinder ternyata mengejutkan ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Bau kapur barus seperti ada orang mati di tingkat 3 hotel

ARTIKEL BERKAITAN: “Rupanya Mayat Dalam Mimpi Itu Adalah Anakku...”

Malah, hasrat yang disuarakan individu itu juga disifatkan cukup menakutkan serta berlawanan dengan norma kehidupan seorang manusia.

Bercerita kepada mStar, pelajar berusia 20 tahun yang hanya dikenali sebagai Raqif itu mendedahkan, dia menerima mesej tersebut pada 30 Ogos lalu.

Paparan skrin perbualan berkenaan.

"Dia guna gambar kawan lama saya dalam aplikasi Tinder tu. Mula-mula saya tanya pasal dia duduk mana, lepas tu terus dia hantar mesej pelik-pelik.

"Dia kata dah lama usha saya. Dia rasa nak kerat saya, suka sangat bau mayat. Lepas tu saya tanya kenapa nak kerat, dia kata tu fetish (fantasi seksual) dia.

"Malah, dia juga boleh teka rumah saya kat tingkat berapa. Masa ni sangat takut, macam mana dia boleh teka tingkat tu betul," ujar Raqif sewaktu dihubungi.

Mungkin juga mereka bergurau. Saya tak pernah bau mayat lagi tapi kalau haiwan tu banyak la.

RAQIF

Menurut pelajar bidang sains itu, dia agak takut dengan perkara itu namun tidak menganggapnya sebagai perkara pelik.

Malah, segelintir kawannya yang menuntut dalam bidang perubatan dan forensik turut mengakui perkara sama.

"Saya tak tahu dia cuma main-main atau betul-betul psychopath. Bagi saya tak pelik. Ramai kawan saya kata bau mayat sedap. Yang cakap ni kawan-kawan yang study perubatan dan forensik.

"Mungkin juga mereka bergurau. Saya tak pernah bau mayat lagi tapi kalau bangkai haiwan tu banyak la.

"Saya juga banyak baca kes-kes jenayah. Dokumentari mengenai pembunuhan pun selalu tengok. So tak ada lah terkejut sangat," ujarnya lagi.

Kata Raqif, beberapa rakannya dalam bidang forensik dan perubatan turut mengakui perkara sama. -Gambar hiasan

Sementara itu, perkongsian Raqif di Twitter sehingga kini menerima lebih 8,400 ulang kicau (Retweet).

Menerusi siri tweet tersebut, dia ada berkongsi paparan skrin perbualannya dengan individu berkenaan.

Malah, netizen turut meninggalkan pendapat mereka berhubung isu itu menerusi ruangan balas posting tersebut.

"Cuba tengok ke arah yang lebih serius. Dia mungkin perlukan bantuan. Saya tak rasa dia manusia normal. Macam psychotic.

"Lebih baik kamu tengok Youtube pasal kes-kes obsesi ni. Bahaya ooo. Dan satu lagi tolong buat laporan polis, just in case.

"Weh serious serious aku pun pernah ada mental issue macam ni dalam 15 years back. Aku rasa macam nak makan daging manusia. Entah bodoh aku fikir apa waktu tu. Tapi Alhamdulillah aku masih sober dan tak buat benda-benda bodoh ni ya ampun lindungilah aku ya Allah," tulis beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Raqif, mayat, tinder, aplikasi cari jodoh

Artikel Lain