suria

Patutlah ‘lari dari landasan’, ‘gadis Kuale’ pandu MRT sebelum ini buat kerja di dapur

Dari bidang kulinari, Sue beralih kerjaya dalam bidang khidmat pelanggan dan pengangkutan.

BERTUKAR bidang kerjaya bukan lagi perkara baharu dalam kehidupan yang semakin mencabar masa kini.

Seorang gadis dianggap netizen sebagai 'lari dari landasan' gara-gara beralih kerjaya daripada seorang tukang masak kepada 'memandu' tren.

"Belum cuba belum tahu," tulisnya menerusi video yang dikongsikannya di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu di awan biru, kini bergelar polis... pernah buat 2 kerja lain, bekas pramugara reda plan asal balik kampung tak menjadi - "Pernah ceramah remaja mencuri sampai menangis"

ARTIKEL BERKAITAN: Bermula jadi tukang isi minyak, kerani bawa motor buruk hingga bergelar Inspektor... Isteri terima seadanya walau PJJ lebih 3 tahun - "Ada hikmah kena 'reject' 2 kali"

Bercakap kepada mStar, Nurul Shuhada Jamaluddin memberitahu, dia berpengalaman bekerja di dapur sebagai pembantu tukang masak di sebuah hospital swasta selama lebih tiga tahun.

Gadis berusia 25 tahun itu kemudian diberhentikan kerja pada Julai 2020 ekoran syarikat di tempatnya bekerja terjejas akibat pandemik Covid-19.

"Saya kerja part time di sebuah kafe sebelum menghadiri temuduga untuk bekerja di MRT. Masa Covid-19, peluang pekerjaan terhad, jadi saya cuba nasib.

"Alhamdulillah, saya diterima bekerja di bahagian khidmat pelanggan sejak Oktober 2020 sehingga sekarang," katanya ketika dihubungi.

Video Nurul Shuhada 'memandu' MRT meraih lebih 1.7 juta tontonan di TikTok dan turut dikongsi menerusi platform media sosial pengendali perkhidmatan MRT, Rapid KL.

dari dapur ke landasan 2

Sue berpengalaman sebagai pembantu tukang masak selama lebih tiga tahun.

Anak kelahiran Kuala Kangsar, Perak itu bagaimanapun menjelaskan bahawa dia bukanlah pemandu tren, sebaliknya hanya menjalani latihan mengendalikan pengangkutan awam itu.

"Saya berlatih untuk bawa tren, tapi buat masa ini saya bertugas di khidmat pelanggan. Dan sebahagian petugas khidmat pelanggan dilatih dan diserapkan menjadi pemandu tren.

Kita perlu sentiasa berani menyahut cabaran. Persekitaran baru di tempat kerja sekarang memberi pendedahan kepada saya untuk menjadi lebih berani

NURUL SHUHADA JAMALUDDIN

"Tak ada pengalaman, saya cari pengalaman. Dulu pun saya kerja dalam bidang masakan, tapi dalam mencari peluang pekerjaan, saya beralih ke bidang pengangkutan.

"Jujurnya, saya nervous tapi excited dapat melakukan sesuatu yang baru," ujarnya yang mendapat pendidikan Diploma Seni Kulinari di Kolej Vokasional Kuala Kangsar.

dari dapur ke landasan 3

Sue menerima banyak pendedahan sepanjang bekerja di MRT.

Menurut anak bongsu daripada dua beradik itu, kerinduannya terhadap pekerjaan di dapur tetap menebal.

"Mestilah rindu, sebab dah lama bekerja di dapur kan. Tapi saya selesa dengan persekitaran baru melakukan tugas khidmat pelanggan di stesen MRT.

"Kedua-duanya bidang yang berbeza, bidang masak tak jumpa pelanggan secara langsung sebab ada pelayan jadi pengantara. Tapi kalau customer service ni akan berhubung terus dengan pelanggan atau penumpang," katanya yang lebih mesra disapa Sue.

dari dapur ke landasan 4

Sue mengimpikan kerjaya pemandu MRT. gambar hiasan/ foto GLENN GUAN/The Star

Sehubungan itu, Sue yang turut mengusahakan bisnes brownies secara kecil-kecilan berkata, kedua-dua bidang masakan dan pengangkutan mempunyai cabaran dan keunikan tersendiri.

"Dalam hidup ini, kita perlu sentiasa berani menyahut cabaran. Dan saya melihat persekitaran baru di tempat kerja sekarang memberi pendedahan kepada saya untuk menjadi lebih berani.

"Tak perlu tunggu open interview, saya sendiri mahu tawarkan diri jadi pemandu MRT jika diberi ruang dan peluang," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain