suria

“Masing-masing tak ada hidung ke?” - Pelanggan malas turun, rider terpaksa redah sampah di flat demi tanggungjawab... ada samakan macam kandang!

Paparan skrin video tular memaparkan keadaan flat berkenaan.

BAGAIKAN lubuk sampah.

Begitulah gambarannya mengenai video tular memaparkan keadaan kotor sebuah flat yang dipercayai terletak di Pulau Pinang.

Video itu dikongsi menerusi aplikasi TikTok sebelum ia tular dan menjadi perdebatan netizen di laman Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Guru terdiam lihat anak murid pakai mask kotor, siap berjahit dengan benang hitam

ARTIKEL BERKAITAN: “Biar kerja kotor janji rezeki tu bersih” - Pekerja makan tepi jalan buat ramai insaf

Difahamkan, video itu dirakam oleh seorang rider sewaktu dia membuat penghantaran makanan ke flat berkenaan.

"Sebagai penghantar makanan, aku pun tak tahu macam mana nak naik flat ni. Bila suruh pelanggan turun dia berkeras suruh naik.

Video itu dirakam oleh seorang rider penghantar makanan. (Gambar Hiasan: AZHAR MAHFOF)

"Disebabkan malas bertekak aku pun naik tangga sebab lif rosak," tulis rider berkenaan dalam video tular itu.

Dalam video itu, jelas kelihatan timbunan sampah di lantai dan kawasan tangga.

Selain aplikasi TikTok, video yang turut ditularkan di Twitter sejak Khamis itu meraih hampir 200,000 jumlah tontonan.

Disebabkan malas bertekak aku pun naik tangga sebab lif rosak.

PENGHANTAR MAKANAN

Rata-rata netizen menyuarakan rasa kurang senang melihat persekitaran flat berkenaan yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

Selain itu, netizen juga memohon rider berkenan agar terus tabah dalam menjalankan tugasnya.

"Fuh seriuslah dekat Malaysia? Masing-masing tak ada hidung ke?

Antara komen netizen di Twitter.

"Bayangkan balik kerja penat-penat kena hadap benda ni. Rosak otak dibuatnya.

"Ini flat ke kandang? Bila lah orang flat ni nak buat gotong-royong? Kotor sangat dah tu.

"Tak masalahnya betul ke dia hantar (makanan) tu dekat manusia?" soal seorang lagi netizen secara sinis.

Dakwa beberapa netizen di ruangan komen, penduduk flat itu dipercayai majoritinya warga asing.

Kejadian berlaku sewaktu rider menghantar makanan ke flat berkenan.

Dalam pada itu, ada yang turut berjenaka kononnya isu berkenaan pastinya akan menjadi lebih hangat sekiranya ia berlaku di Kelantan.

"Nasib baik Penang. Kalau Kelantan, bising satu alam semesta.

Namun, ramai juga yang tampil dengan komen positif bahawa sifat pengotor tidak patut dikaitkan dengan mana-mana negeri, sebaliknya merupakan perangai individu itu sendiri.

Apa-apapun ingatlah, kebersihan itu sebahagian daripada iman.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain