suria

Baru je buat ‘payment’, pelanggan gelabah nak tudung cepat sampai macam beli di pasar malam... siap maki seller konon lambat pos

Peniaga dimaki kerana didakwa lambat pos barang.

JIKA memilih untuk berniaga, seseorang itu perlulah bersedia berdepan kerenah pelanggan termasuk tahan telinga apabila dimaki hamun apabila ada yang tidak berpuas hati dengan hasil produk atau servis.

Malah, situasi sebegitu dikatakan sebagai asam garam dalam perniagaan yang mana ia membantu peniaga lebih mengenali sikap pelanggan dan cara untuk mengendalikan permasalahan yang timbul.

Namun, ia bukanlah tiket untuk pelanggan sesuka hati memarahi peniaga, tambahan pula apabila sesuatu isu yang tercetus itu boleh dibincang dan diselesaikan.

Menerusi ciapan seorang peniaga tudung yang dikenali sebagai Eyma, dia berasa kecewa apabila ada pelanggan menghamburkan kata-kata kesat tanpa memahami situasi sebenar.

“Marahnya I bila orang main sial-sial macam ni? She's order 29 hari bulan, pukul 5 pagi dan I post parcel dia 29 petang.

I tengok courier pick up 30 hari bulan pagi. Dia order from website which kita dah bagi email bersama SMS tracking number.

Ciapan dan gambar tudung yang dimuat naik Eyma.

Ciapan dan gambar tudung yang dimuat naik Eyma.

“Kita dah bagitahu juga IG (Instagram) offline pada Sabtu dan Ahad,” ciapnya di Twitter sambil mempersoalkan di mana kesilapan yang berlaku sehingga pelanggan itu sanggup memakinya.

Dia juga memuat naik tangkap layar mesej yang ditinggalkan pelanggan di platform e-dagang kendaliannya selain di laman IG.

Bercerita lanjut mengenainya, Eyma berkata, individu terbabit membuat pembelian di laman web namun disebabkan tidak puas hati serta menyangkakan diri ditipu, dia bertindak meninggalkan mesej di semua platform media sosial yang digunakan untuk berniaga.

Difahamkan individu terbabit membuat pembelian sehelai tudung berwarna putih yang berharga RM95.

Menyusuri mesej yang ditinggalkan, dia mendakwa Eyma tidak membuat pengeposan walaupun sudah beberapa hari pembelian dilakukan.

Malah dakwanya, Eyma bukan sahaja tidak membalas mesej yang ditinggalkan tetapi cuba memanipulasikan duit bayaran kerana item berharga hampir RM100.

Dia juga meminta supaya duitnya dipulangkan kembali.

Antara mesej yang dihantar pembeli menerusi ruangan chat e-dagang.

Antara mesej yang dihantar pembeli menerusi ruangan chat e-dagang.

Terdahulu, ciapan Eyma tular di laman Twitter dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Sikap berang dan kata-kata cacian yang ditonjolkan pelanggan terbabit membuatkan orang ramai hilang sabar dan bersimpati dengan Eyma.

Ada juga yang membuat tanggapan dia baru pertama kali membeli tudung mahal sehingga tidak sabar untuk menerimanya.

“Sampai DM (mesej) semua tempat tu. Ini petanda orang ada masalah hati. Tak menyempat nak pakai tudung cantik you tu sis, dia ingat servis kurier pakai santau angin?

Pertama kali beli barang mahal-mahal? Orang beli barang motosikal habis RM2,000-RM3,000 rileks ja.

NETIZEN

“Ni kes order last minute sebab nak nikah. Tu yang gelabah.

“Aku sebenarnya tak faham spesis manusia yang tak menyabar beli online kemudian memekak DM (direct message) seller siap maki ni. Kau kalau jenis tak boleh sabar, pergi mana-mana pasar malam beli tudung yang kau nak tu.

ARTIKEL BERKAITAN: 5 beradik nak beli emas tapi staf layan cincai, perli sebab sangka nak window shopping! Selepas ‘borong’ 3 rantai, terus ‘pangkah’ kedai

ARTIKEL BERKAITAN: Hangus lebih 5K, hajat melaram beg Chanel beli online terkubur gara-gara percayakan resit! Seller pun ‘manis mulut’

Don’t expect online purchase sampai dalam masa sehari dua. Kalau nak cepat beli dekat kedai. Semestinya mahal jika dibandingkan dengan online.

“Pertama kali beli barang mahal-mahal kat Shopee? Orang beli barang motosikal habis RM2,000 - RM3,000 rileks ja, order Shopee lambat deliver... ada siap cancel sebab tak ada stok setelah lima hari tunggu,” ujar beberapa netizen.

Sebahagian reaksi netizen pada ruangan komen status Eyma.

Sebahagian reaksi netizen pada ruangan komen status Eyma.

Bagaimanapun terdapat juga segelintir warganet yang mengaitkan sikap pembeli tersebut dengan tempat tinggalnya.

Ia berikutan alamat yang disertakan di dalam tangkap layar menyatakan dia berasal dari Melaka yang terkenal dengan jolokan ‘bahasa kasar’.

“Melaka haha. Takutlah bila orang Melaka marah.

“Dia ingat order Foodpanda... salah aplikasi ni. Carut-carut tu orang Melaka normal, jangan pertikai nanti kena ratio.

“Oh Amira ni orang Melaka memang suka sial-sial ni. Kau sialkan dia balik kak. Dia kisah apa hahaha. Reply bagi penjelasan tapi sial tu kena tambah gak bagi cukup rasa,” luah sekumpulan warganet.

Dalam pada itu, terdapat juga komen balas yang menyatakan pernah berdepan situasi seumpama itu berikutan pelanggan tidak memahami corak pembelian secara online.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain