suria

Pelakon wanita bawa lari RM1.5 juta, disyaki tipu jual tanah tak wujud 

Pelakon wanita itu didakwa melarikan diri.

SEORANG lelaki tampil membuat laporan polis selepas mendakwa ditipu oleh seorang pelakon wanita dan suaminya sehingga mengalami kerugian RM1.5 juta.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim, berkata laporan itu dibuat selepas aktres terbabit didakwa melakukan penipuan berkaitan urusan penjualan tanah lot kurniaan di Selangor yang tidak wujud.

Laporan polis itu dibuat pada 7 Januari lalu dan siasatan kini sedang dijalankan pihak berkuasa.

Polis menerima laporan tersebut pada 7 Januari lalu. 

"Perkembangan membabitkan seorang pelakon wanita, setakat ini polis daerah Seremban tidak terima laporan terkait penama berkenaan dalam kes penipuan barangan kosmetik.

"Bagaimanapun penama yang sama bersama suami adalah suspek di dalam satu kes yang disiasat di Seremban berkenaan urusan penjualan tanah kurniaan negeri Selangor yang tidak wujud membabitkan kerugian RM1.5 juta," katanya kepada Harian Metro, 

Beliau berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan dan beberapa tindakan awal sudah diambil memandangkan suspek kini dipercayai tidak berada di Semenanjung Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Nama Azar Azmi kena petik, didakwa scam RM300,000… Ramai mangsa tengah cari

ARTIKEL BERKAITAN: Individu dakwa pelakon veteran gagal bayar sewa selama dua tahun…”Dia ingat ini rumah kebajikan kot”

"Maklumat yang diperoleh setakat ini mendapati kedua-dua suspek berada di Sarawak. Mereka sudah didaftarkan sebagai orang dikehendaki dan senarai pemantauan khas (SPK) Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan kesan dan tangkap," katanya.

Sebelum ini kecoh di aplikasi Threads apabila seorang usahawan tampil mendakwa dirinya telah ditipu oleh selebriti wanita dan suami sebanyak RM300,000. 

Dia turut memuat naik bukti tangkap layar kad pengenalan milik selebriti wanita itu dan suaminya selain memohon bantuan ramai untuk menjejak pasangan berkenaan. 

Pada perkongsian lain, individu itu turut mendakwa pasangan suami isteri itu sedang melarikan diri dan tidak berada di satu tempat yang sama.

Setakat ini tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak terlibat berhubung dakwaan berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain