Pasport rosak boleh diganti dengan Pasport Kecemasan ketika berada di luar negara. -Gambar media sosial
SEORANG wanita berkongsi pengalaman mencemaskan apabila pasport miliknya basah kerana dibasuh tanpa sengaja ketika berada di Seoul, Korea Selatan.Menurut wanita itu, kisah bermula apabila dia menyimpan pasport bersama kad bank di dalam jaket yang dipakainya. "Terbasuh tanpa sengaja sebab masa tu keluar seorang. Letak pasport dalam jaket sekali dengan kad bank, balik lupa nak keluarkan."Suami yang jumpa bila keluarkan baju dari pengering," katanya menerusi perkongsian di Facebook [Tonton Video].Susulan kejadian itu, wanita berkenaan terpaksa berurusan dengan Kedutaan Malaysia di Seoul bagi mendapatkan Pasport Kecemasan (Emergency Passport) untuk membolehkannya pulang ke tanah air.Antara dokumen yang diperlukan bagi menggantikan pasport yang rosak. -Gambar media sosialDia turut berkongsi senarai dokumen penting yang perlu disediakan sebelum hadir ke kedutaan, iaitu:- Dua keping gambar pasport- Salinan MyKad- Pasport lama (walaupun rosak)- Tiket penerbangan pulang"Jangan terus pergi kedutaan tanpa dokumen lengkap. Kalau tak, perlu ulang alik. "Memang ada dekat situ tempat untuk ambil gambar dan buat salinan, tapi agak mahal," kongsinya.Wanita itu memaklumkan bahawa Pasport Kecemasan tidak siap pada hari yang sama, sebaliknya perlu diambil pada tarikh lain yang ditetapkan. Selain itu, dia turut dikenakan denda sekitar RM50.Dia turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati menyimpan pasport, jangan hadir ke kedutaan tanpa dokumen lengkap dan simpan salinan digital serta pasport fizikal sebagai langkah berjaga-jaga“Proses sebenarnya mudah, cuma jangan cuai. Simpan betul-betul pasport, especially bila travel,” katanya.Pengalaman itu dikongsikan sebagai peringatan kepada rakyat Malaysia yang melancong atau menetap di luar negara agar lebih berhati-hati, kerana kecuaian kecil boleh membawa kepada urusan yang memakan masa dan kos tambahan.