BAGI kebanyakan mereka yang pernah belajar di institusi pengajian tinggi, pasti pernah merasai pengalaman menjalani latihan industri (LI).
Jika pelajar menunjukkan prestasi cemerlang semasa latihan, dia bukan sahaja diberikan markah yang tinggi malah turut ditawarkan untuk bekerja secara tetap sebaik sahaja tamat pengajian.
Namun, seorang gadis terpaksa akur apabila majikan bertindak menamatkan tempoh latihannya sebulan lebih awal.
Latihan industri antara fasa yang perlu dijalani pelajar institusi pengajian tinggi. -Gambar hiasan
"Saya dan seorang kawan menjalani LI di sebuah syarikat kecil milik pasangan suami isteri. Mereka ni jenis suka lepaskan masalah kepada kami.
"Kawan saya pernah kena maki sangat teruk sampai satu tahap badan dia menggeletar. Saya ada simpan bukti audio dia maki kawan saya," katanya menerusi perkongsian di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Rumah tangga hancur selepas 15 tahun, suami angau ‘intern’ pejabat... Geram bagi alasan ‘cliche’ - “Saya tak cukup baik untuk awak”
ARTIKEL BERKAITAN: Pelatih industri cuti seminggu, tak tahan disuruh buat kerja susun kotak - “Dia kata penat mental, fizikal”
Menurut gadis itu, punca rakannya dimaki disebabkan pelanggan tersalah membuat pembayaran sehingga mengakibatkan kerugian kepada syarikat.
"Maki hamun macam orang tak ada iman, walhal dia ustaz dari situ saya jadi memberontak. Kawan saya jenis tak melawan turut sahaja," katanya.
Buat laporan pada universiti dan pensyarah.
NETIZEN
Gadis itu berkata dia perasan dendamnya membuak-buak apabila dipaksa membuat siaran langsung di media sosial tanpa diberikan komisen sedangkan skop kerjanya pada waktu itu membabitkan stok.
"Saya akui salah sebab biadab dan melawan. Saya beritahu keperluan utama nak kira stok dan kebetulan kami tak tahu langsung cara nak buat siaran langsung.
"Saya minta cara baik untuk belajar dulu sampai la dia panas hati kami tak nak ikut kehendak dia, dia jerit pada saya.
"Yang membuatkan saya kurang ajar dia boleh cakap Kamu ni ada masalah mental ke? Ada masalah broken family ke?" katanya.
Reaksi netizen
Selepas kejadian itu dia terus diberhentikan, manakala rakannya masih dibenarkan meneruskan LI di syarikat berkenaan.
Namun, rakannya membuat keputusan untuk turut sama berhenti daripada menjalani latihan praktikal di situ.
"Apa patut kami buat, kami takut nak beritahu penyelaras sebab lagi sebulan nak habis?
"Adakah kami terpaksa tunda dan tak dapat tamatkan pengajian mengikut masa yang ditetapkan," soalnya.
Sementara itu, warga maya menasihatkan gadis berkenaan melaporkan sahaja kes itu kepada penyelaras.
"Buat laporan pada universiti dan pensyarah. Untuk kes macam ni biasanya universiti benarkan pelajar tukar tempat LI.
"Saya pernah kena buang masa LI sebab tak dapat capai sasaran jualan. Terus beritahu pensyarah dan dia faham," katanya.