suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Petang nanti jadi keeper tau” - Lawak tak kena tempat, cikgu tahan marah kena ‘bodyshaming’... Sedih anak murid tiada adab

Menghormati guru adalah salah satu adab dalam menuntut ilmu. -Gambar hiasan AI

NIAT bergurau mungkin sekadar mahu menceriakan suasana, namun tidak semua perkara sesuai dijadikan bahan jenaka, lebih-lebih lagi apabila gurauan tersebut menyentuh aspek fizikal seseorang.

Apa menyedihkan, ia datang daripada individu yang sepatutnya mempunyai rasa hormat kepada orang lebih berusia, sebagaimana kisah dikongsikan oleh seorang guru ini di Threads. 

Menurut guru berkenaan, dia menjadi bahan gurauan seorang murid gara-gara bentuk fizikalnya yang berisi.

ARTIKEL BERKAITAN: Guru tuisyen kerap tukar dan batal kelas saat akhir, ibu pelajar rasa kena tipu... Minta ‘refund’ pun dapat 1,001 alasan!

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar angkat jari tengah, cikgu tetap maafkan walaupun dilayan dengan biadab - “Keimanan saya menyembuhkan luka hati”

"Kita tengah jalan nak turun tangga, dia panggil-panggil... ingat kenapa. Rupanya melawak pasal keeper.

"Cikgu, petang nanti jadi keeper tau," kata murid berkenaan seperti diceritakan guru itu dalam perkongsiannya.

Jelasnya, istilah 'keeper' digunakan murid tersebut merujuk kepada penjaga gol dalam permainan bola sepak, namun disampaikan dengan niat menyindir saiz badannya yang berisi.

Pelajar seharusnya menghormati guru dengan memberi tumpuan ketika sesi pembelajaran. -Gambar hiasan AI

Guru itu mengakui berasa kurang senang dengan gurauan berkenaan kerana menganggap ia melampaui batas dan menunjukkan kurangnya adab terhadap pendidik.

"Lawak budak-budak sekarang. Tak ada adab, jenis rasa semua benda boleh dibuat lawak.

"Bila minta saya jadi keeper, maksudnya dia tujukan saya gemuk. Aku balas, at least keeper pun aku cikgu... kau? Ada apa? Maruah je ke?"  katanya.

Meskipun cuba membalas secara bersahaja, guru tersebut berkata situasi itu tetap meninggalkan kesan kerana ia melibatkan penghinaan terhadap fizikal seseorang.

  • Seorang guru berkongsi kisah muridnya yang kurang beradab kerana bergurau mengenai bentuk fizikalnya.
  • Murid berkenaan bersama rakan-rakannya memintanya menjadi 'keeper', merujuk tubuhnya yang berisi.
  • Dia kemudian membalas gurauan itu secara bersahaja namun tetap terkesan.
  • Baginya seorang murid seharusnya penuh dengan adab dan rasa hormat terhadap guru.
  • Netizen berpendapat sikap suka mempersendakan penampilan fizikal orang lain tidak seharusnya dianggap sebagai perkara biasa.

Perkongsian berkenaan turut mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen mengenai kepentingan mendidik anak-anak tentang batas bergurau serta menghormati perasaan orang lain.

Rata-rata berpendapat sikap suka mempersendakan penampilan fizikal orang lain tidak seharusnya dianggap sebagai perkara biasa walaupun tanpa niat untuk menyakiti hati sesiapa.

"Bila students tak beradab macam ni, saya terus akan sound.

"Direct je cakap kurang ajar! Nak melawak jadi keeper konon. Mak bapak tak ajar pasal adab ke? Cikgu bukan kawan kau tau!" komen netizen.

Artikel Lain