suria

Pelajar angkat jari tengah, cikgu tetap maafkan walaupun dilayan dengan biadab - “Keimanan saya menyembuhkan luka hati”

Tangkap layar video aksi biadab yang tular di media sosial.

SEORANG guru memilih memaafkan sekumpulan pelajar walaupun dirinya menjadi mangsa perlakuan biadab mereka.

Menerusi video yang tular, sekumpulan pelajar dilihat mengangkat jari tengah selepas guru dikenali sebagai Syamsiah itu selesai mengajar.

“Saya manusia biasa. Memang sedih, tetapi keimanan saya tidak akan rosak oleh kesedihan dan kesakitan.

"Keimanan saya yang menyembuhkan luka hati," kata Syamsiah.

Menurut Syamsiah, dia pada awalnya tidak menyedari tentang perlakuan kumpulan pelajar berkenaan.

Sebaliknya, dia hanya menyedari hal itu selepas melihat dirinya dalam video yang tersebar di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ingat aku member kau?” - Cikgu naik angin, hilang sabar murid biadab dalam kelas... Menjawab disuruh buat tugasan!

“Saya memaafkan dan mendoakan mereka. Mereka juga menangis apabila menyedari kesalahan mereka. 

"Kewajipan saya sebagai guru adalah memaafkan supaya mereka boleh menjadi generasi yang berakhlak,” katanya.

Menurut wanita itu lagi, dia juga tidak mahu membuat laporan serta memanjangkan kes berkenaan.

Sebelum ini, tular video sekumpulan pelajar mengejek dan mengacukan isyarat jari tengah kepada guru selepas kelas berakhir. 

Kejadian itu berlaku pada Khamis lalu di sebuah sekolah di Purwakarta, Jawa Barat, Indonesia. -Agensi

Artikel Lain